Tuesday, March 24, 2009

BALADA SEBUNGKUS NASI BUNGKUS DENGAN 2 LELAKI DI MALAM HENING.

Malam itu hening. Tapi tercemar dengan hilai tawa dua lelaki. Yang satu darinya botak-botak nipis dan berkumis. Dan. Satu lagi darinya. Perut bulat dan hidungnya pesek.

Mereka berborak tanpa had. Apa-apa topik pun boleh. Tiada saingan. Tak terlawan. Jika seorang buat lawak, secara automatiknya, satu lagi akan sambung. Tanpa disuruh. Semacam ada satu reaksi semulajadi. Ada satu tindakan kimia yang mengarah. Mereka ibarat irama dan lagu. Ibarat isi dan kuku. Tapi sehingga kini mereka belum merancang untuk menyertai Raja Lawak. Kalau tak, pasti kumpulan Sepah mahu tuntut ilmu lawak dengan mereka. Aha!

Tangan masing-masing menatang bungkusan. Nasi yang di"tapau" dari gerai masakan panas. Mereka saling bertukar lauk. Tapi mulut masih rancak berborak. Sambil lidah bertugas mencicip dan mengekstrak setiap rasa darinya. Dari pelbagai lauk, timbul pelbagai rasa. Rasa hiba, rasa suka, rasa tangis, rasa riang, rasa tawa. Tapi mereka tiada hirau. terus menerus berborak. "Life must goes on," Getus hati kecil lelaki botak-botak nipis dan berkumis. "Tak kan sebab sambal belacan itu pedas, nasi itu tawar dan petola itu pahit kau hendak berhenti terus makan. Takde life!," Sambung pula lelaki perut bulat dan hidung pesek. Di dalam hati.

Tiba-tiba satu saat kemudian. Mereka berhenti berborak. Berlalu ke haluan masing-masing. Bersalam sudah, berpeluk pun sudah. Hanya lambaian menemani sepi. Sudah bosan agaknya.

Malam itu hening. Tidak tercemar dengan hilai tawa dua lelaki. Yang satu darinya botak-botak nipis dan berkumis. Dan. Satu lagi darinya. Perut bulat dan hidungnya pesek. Tapi mereka mungkin kembali. Berborak sambil nikmati nasi kehidupan.

Begitu-lah hidup. Ibarat nasi bungkus. Tatkala kita sedang gembira nikmati hidup, datang pula bala-bala atau rintangan yang kecil. Tak kan kita hendak berhenti hidup semata-mata rintangan kecil ini? Semata-mata hanya kerana sambal belacan? What the hell!

Sunday, March 22, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA TAK KESAH.

Aspa. Bila di bilik TV. Dan semua bersepakat nak tonton AF7. Semua orang pakat nak sokong Aishah dan Hafiz. Tapi Aspa lain. Aspa pilih Isma. Aspa kata Isma ada sifat keibuan. Orang semua marah Aspa. Cakap dia selera MILF. Tapi Aspa tak kesah.

Aspa suka kacau orang. Malam itu. Selepas konsert AF7 berakhir. Orang semua pakat-pakat nak tonton Liga Inggeris. Semua pakat-pakat nak sokong Manchester United dan Chelsea. Tapi Aspa lain. Aspa sokong Newcastle. Aspa kata Newcastle "power". "Power" yang macam mana itu, Aspa je yang tahu. Antara 20 orang yang tonton perlawanan itu, Aspa seorang je penyokong Newcastle. Tapi Aspa tak kesah.

Malam itu. Selepas perlawanan Manchester United dan Fulham. Aspa melompat-lompat. Terus semua orang tendang dia keluar. Tapi Aspa tak kesah. "MANCHESTER LAUK!" jerit Aspa. Aspa puas hati. Kini dia ada alasan kenapa dia harus menyokong Newcastle. Sekurang-kurangnya Newcastle tak kena 2 gol dan 2 kad merah sekaligus.

Malam itu, Aspa lari keliling hostel. Promote Newcastle-nya. Heh!

Wednesday, March 18, 2009

NEW ADDICTION - PLAIN WHITE T'S - 1 2 3 4


Their new single and this song is very sweet

Plain White T's - 1 2 3 4
1-2-1-2-3-4

Give me more loving than I’ve ever had
Make me feel better when I’m feeling sad
Tell me I’m special even though I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely getting mad
I’m so glad I found you
I love being around you

You make it easy
Its as easy as 1-2-1-2-3-4

There’s only one thing two do three words four you
(I love you)
I love you
There’s only one way to say those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you

Give me more loving from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when I hurt so bad
You’re the best that I’ve had
And I’m so glad I found you
I love being around you

You make it easy
It’s easy as 1-2-1-2-3-4

There’s only one thing two do three words four you
(I love you) I love you
There’s only one way to say those three words
That’s what I’ll do
(I love you) I love you
(I love you) I love you

AKU MASIH KURANG THIS KNOWLEDGE KOT.

**sekadar gambar hiasan.


Aku suka ikut orang berjalan-jalan. Kalau aku ada duit lebih, ajak jalan-jalan hari-hari pun boleh. Jalan jauh, jalan dekat. Naik kereta, naik motor.

Setiap kali berjalan-jalan, aku tak beli apa-apa pun. Nama pun jalan-jalan, so aku pun jalan-jalan la. Cuci mata. Tengok-tengok barang. Tengok barang itu, tengok barang ini.

Sejak 2 menjak ni, aku berjalan-jalan dengan para wanita. Wanita sana, wanita sini.

Dan aku belajar sesuatu. Yang semua orang dah belajar, anyway.

Bila aku keluar dengan kawan lelaki, very simple journey i had. Pergi tempat yang nak pergi sahaja. Tengok-tengok barang. Minat. Beli. Pergi makan. Balik. That's all. It's take around 3 - 4 hours of journey to Padang Besaq.

Bila aku keluar dengan kawan wanita, it very simple too. And additional some patience and time consuming. Bila sewa kereta jam 10pagi, mereka akan siap bertouch-up jam 10.30pagi. 1st lesson.

Di bazaar Padang Besaq tu, setiap kedai akan dilawati, which is not just looking around but dress testing lagi. Tapi tak beli. Then to another shop, dress testing again, tak beli jugak. Again and again. Bukan aku penat dan mengeluh, bukan aku tak pernah temankan emak aku bershopping, but it's funny bila masuk kedai, dengar akak kedai promote barang, bergurau senda dan tak beli. I don't know others but i feel funny. But at least, i can learn something which lead me to a lesson "How to entertain your love one". Heh!

The others day, with different girls gang, i went to the shopping mall and also learn something.

Bila keluar dengan the boys, kalau nak Guardian ke Watson ke Toiletries Dept ke, mesti dah ada benda nak beli. Pergi ke bahagian itu, grab and pay. No need to listen to the promoter.

Bila keluar dengan the girls, kalau masuk Guarian ke Watsons ke Toiletries Dept ke, mesti mereka akan pergi one by one racks, listen to the promoter and take advice about shampoo, perfumes, odorono (ubat ketiak), etc. But at the end, just nak beli ubat gigi saiz kecil je. Oh god!

Maybe aku tiada lagi "teman" sebab lack of these "woman-general-knowledge" things kot.

Tuesday, March 17, 2009

THANKS FOR BEING SUCH A SUPPORTIVE FRIEND

Masa aku terlantar di atas katil semalam, dengan kepala pening-pening sebab baru telan ubat, aku sempat SMS seorang kawan, Duwe "Besday Boy".

Aku : Weh, aku rasa aku dah nak jadi Lebahman la.
Duwe : Apsal?
Aku : Lepas makan ubat, aku rasa macam boleh terbang. Jom pi Aloq Setaq cari kostum.
Duwe : Pakai kostum UPSB dah la.
Aku : Nampak macam superheroes ke kalau pakai kostum tu?
Duwe : Yang penting niat kau tu.
Aku : Ok... Ok..

Lepas itu aku sambung balik tidur. Pikir-pikir macam pulak nak dapatkan kostum UPSB tu.

**UPSB - Uniutama Property Sdn Bhd (Cleaning Services)

Monday, March 16, 2009

PERCAYA-LAH

Percaya-lah kawan-kawan,

Disengat tebuan itu sangat sakit.
Sakit yang tak terperi.
Sakit yang tak bisa buat kamu tidur.
Apatah lagi pergi ke kelas.
Hanya terlantar atas katil.
Dengan badan penuh alergik.

Damn, kuku aku sakit dok menggaru dari semalam.
Anyone with ichy cream?

ORIENTASI SEKS LELAKI : MANA YANG SONGSANG?


Mungkin topik ini agak sensitif bagi sesetengah lelaki tetapi atas dasar pengetahuan umum, aku cuba nak kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman aku (dan orang sekeliling aku) ditambah pula dengan kecerdikkan kamu semua, dan sila simpulkan sendiri.


Gejala tidak bermoral ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman berzaman. Dari bangsa ke bangsa dan kini menular pula ke bangsa Malaysia. Lebih-lebih lagi mereka yang beragama islam. Jika di negara barat, ianya sudah menjadi satu kebiasaan, malah ada negara yang ”menghalalkan” perkahwinan sesama jantina lelaki. Biasa tengok pengantin ”wanita” bertuxedo? Geli bukan bila priest mengumumkan ” You can kiss the bride” lalu bercium-lah orang pengantin yang sama jantina itu. Macam Sir Elton John.



Jangan pula disangka di Malaysia ini tiada golongan seperti ini. Mungkin kita tidak sedar dengan kehadiran mereka dalam masyarakat kerana masih lagi berperwatakkan seperti lelaki sejati yang biasa. Tetapi sebenarnya songsang. Mereka bersembunyi di sebalik tubuh sasa dan wajah tampan. Mereka juga sudah mempunyai komuniti dan jaringan sosial yang besar. Jika kebiasaannya kita meluaskan jaringan sosial di web seperti friendster, myspace atau facebook, mereka mempunyai web tersendiri seperti guys4men.


Bagaimana nak detect mereka ini?


Agak sukar nak detect mereka ini. Tetapi mereka kebanyakkannya boleh dikenalpasti dengan gaya mereka yang gemar ber’touch up’, rambut tersisir rapi atau rambut dengan gaya terkini (Spiky, Messy, ala Korean), baju diseterika elok (walaupun kemeja T), mempunyai set penjagaan rupa diri yang lebih ke arah kewanitaan (tapi mereka kata itu gaya maskulin), belum berkahwin walau usia sudah lanjut (tapi mereka kata itu belum ada rezeki) dan macam-macam lagi. Tapi kriteria yang aku nyatakan ini sebenarnya masih belum mencukupi untuk mentafsirkan mereka sebab mereka pandai menyembunyikan orientasi seks mereka.


Pernah juga aku melihat 2 orang lelaki yang berlainan perwatakannya. Mereka tidak lembut. Masing-masing punyai wajah Malaysia yang tampan. Susuk tubuh yang sasa. Dada bidang yang meruntun hati ramai wanita. Tetapi yang peliknya, mereka berjalan berpegangan tangan, berpeluk-pelukan. Jelik mata memandang. Jika perlakuan itu dari mereka yang berlainan jenis, mungkin sedap juga mata nak pandang.


Oh, ya. Ada juga seorang kawan bercerita pengalamannya diintip oleh seorang gay. Sedang dia makan bersama aweknya di sebuah gerai mee di Tesco Alor Setar, aweknya menyedari bahawa beberapa pelayan gerai (yang kesemuannya adalah lelaki) memandang ghairah kepada dia. Jika memandang ghairah terhadap aweknya, itu lumrah biasa bagi lelaki tapi memandang ghairah kepadanya pula. Apakejadahnya pandang ghairah pada dia. Saya bersetujui jika dikatakan kawan ini langsung tidak mempunyai ciri-ciri lelaki dambaan tandas. Jauh sekali jika dikatakan jambu atau ”baby-face”. Tapi inilah yang berlaku.

Saturday, March 14, 2009

THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON


Akhirnya, semalam baru aku berkesempatan untuk menonton filem ini. Berdurasi 160minit, cerita ini memaparkan kehidupan pelik seorang manusia bernama Benjamin Button.

Berkonsepkan naratif imbas kembali dengan membaca diari, filem ini berkisarkan tentang kehidupan. Ya, kehidupan manusia yang pelbagai.

Kebiasaannya kita mahu sentiasa muda atau semakin hari semakin muda. Betul ke dengan apa yang kita mohon ni? Kita mahu sentiasa muda. Ha, filem ini akan memberi anda jawapan mengapa kita harus makin lama makin tua dan bukan makin muda.

Benjamin dilahirkan dengan satu keanehan iaitu lahir dengan penyakit orang-orang tua. Katarak, sakit sendi dan pelbagai lagi. Ya, dia dilahirkan sebagai orang tua. Bayi yang tua kerepot dan hodoh. Dibesarkan di rumah orang-orang tua dan dijaga oleh ibu angkatnya, seorang pengasuh rumah orang-orang tua. Walaupun berfizikal orang tua, tetapi hatinya muda. Penuh dengan perasaan ingin tahu. Dilayan oleh orang ramai sebagai orang tua mengajar dia erti kehidupan.

Lesson 1 : Jika kita makin muda, kita akan melihat orang yang kita sayangi mati, pergi meninggalkan dunia.

Ah, malas mahu cerita. Pergi tonton sendiri. Sesuai ditonton oleh mereka yang terasa sangat mahu jadi makin muda. Aha!

P/S : Aku paling tak lupa pakcik yang kena panah petir 7 kali cakap, "I've been struck by lighting 7 times. Once when i went walk with my dog."

Friday, March 13, 2009

EXAM SPM DORANG NI MACAM UPSR MASA ZAMAN KITA DULU KOT

Semalam aku sempat tengok Buletin Utama. Punya la lama aku tak tengok berita. Rasa macam janggal pula.

Berita hangat. Keputusan SPM dan STAM yang diumumkan.

Ada seorang minah ni, beri komen macam baca skrip. Bersusun je ayat dia. Lancar. Pemilihan perkataan yang bukan dari umurnya. Sekali dengar macam baca berita. 2 kali dengar macam ustazah bagi ceramah. Seriyes!

Tapi ok-lah, dia dapat 19 1A, 1 2A. Patut-lah lancar je.

Lagi berita. Siap ada gambar minah tu lagi.

INI ENTRI CERITA TENTANG KOSONG.

Mereka tidak akan segera bersyukur jika selagi nafsu mereka bermaharajalela.

Aku naik hairan dengan dunia.

Di satu masa dibisikkan ke telinga, "Ya, aku bersyukur dengan yang aku punyai sekarang berbanding terdahulu."

Seketika kemudian, dibisikkan pula, "Ceh, dia penipu. Aku benci. Aku mahu buat hal."

Aku bukan mahu berborak kosong. Aku suka melihat, mentafsir dengan kamus aku sendiri. Keadaan sekeliling yang selalu tidak indah. Orang bergaduh. Orang bermasam. Orang ber"piket". Orang kena tuduh buat rusuhan. Kerana di wajah mereka tertulis seribu satu makna.

Dan aku belajar sesuatu.

1) Lelaki (biasanya) hanya mahu difahami dan bukan memahami. Sebab ego. Seriyes!
2) Perempuan biasanya mangsa keadaan. Ditinggalkan tanpa kata-kata.
3) Biasanya, orang yang terlalu lepak di zon selesa akan rasa susah sangat-sangat bila zon selesa itu musnah serta merta.
4) Siapa yang berani (tak kira muka pecah rumah ke, hensem ke) akan berpeluang dapat pakwe / chikas lawa. Aha!
5) Penantian satu penyiksaan.
6) Hati-hati dengan pasangan anda. Mungkin dia punyai "teman tapi mesra" atau "so-called-adik-beradik-relationship" yang anda rasa, biasa la tu. Siap tu ek? He he he.

Dan yang lain-lain biar aku seorang saja yang tahu. Hu hu hu.

P/S : Entri ini ditulis sebab Ain paksa aku tulis something. Tiada bahan bacaan katanya. Aku (bukan sebab aku takut/menurut kata dia) pun tulis la entri yang "kosong" ini. Aha!