Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Ilmu. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

APA YANG TERJADI SEMASA PERTARUNGAN AKHIR ANTARA HANG JEBAT DAN HANG TUAH?

Mitos yang sering kita dengar merupakan hasil karya orang yang terdahulu dari kita yang tercipta mungkin dari kejadian yang benar-benar berlaku atau kisah lisan yang didengari dari orang tua-tua. Oleh kerana itu, biar popular mana pun mitos yang baca dan dengar, ia tetap bukan fakta. Perkara yang bukan fakta tidak boleh dijadikan rujukan dalam mana-mana tesis kerana sifat mitos itu suatu yang mempunyai pelbagai versi cerita dan bercanggahan pendapat, mengikut kepada pengkaji mitos itu sendiri.

Kita mempunyai hak untuk mempercayai mitos yang kita anggap lebih masuk akal pada pandangan kita sendiri. Pada dunia yang serba moden ini, saya rasa manusia lebih suka pandang sesuatu mitos itu dari sudut yang lebih realistik.

Sebagai contoh, filem keluaran KRU Studio baru-baru ini, Hikayat Merong Mahawangsa. Lihat bagaimana penulis menggarap sesuatu hikayat yang nampak tidak logik di dalam buku tapi terjemahannya di layar perak nampak lebih meyakinkan. Bagaimana Garoda ditafsirkan sebagai Kaum Lanun, manakala Jentayu ditafsirkan sebagai kapal laut yang dipunyai oleh Merong Mahawangsa. Ya, masuk akal. Orang melayu memang terkenal dengan cakap lapik dan berbahasa basi. Kemungkinan di situ memang ada. Tapi siapa yang tahu jika Garoda dan Jentayu itu benar-benar sejenis burung besar. Garoda punya nafsu untuk menculik puteri china yang manis?

Dan baru-baru ini aku baru mendapat pendapat lain tentang "Final Duel" antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Ya, ini cuma pendapat lain dan bukannya set cerita yang mempunyai niat mahu mengubah sejarah. Di zaman moden ini, kita semakin jelas dan boleh memandang sesuatu mitos itu dari sisi yang lain. Ya, sekadar berpendapat. Yang tak suka, tiada masalah. Yang suka, boleh la kita kaji sama-sama.

Sumber saya tak benarkan saya publish kisah ini secara maya kerana khuatir mereka yang ekstrem tak boleh terima pendapat ini. Tapi tidak pula dia larang saya untuk berkongsi pendapat dan teruskan kajian. Hey, sejarah lebih menarik jika mempunyai pencanggahan pendapat kerana dari itu kita akan teruskan kajian dan teruskan dan teruskan.

Apa ceritanya?

Saya masih lagi dalam peringkat pemerhatian dan kajian lagi. Nanti kalau saya tulis tanpa ada sokongan mana-mana buku atau fakta, dikatakan saya ini menyebar cerita palsu. Tak pasal-pasal kena penjara.

Buat masa ini, buat yang berminat, baca dan buat sedikit kajian tentang "Final Duel" antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Aku pun tengah cari dan bertanya dengan ramai orang.

Ya, di sini minda logikal kita akan diuji.

Monday, March 28, 2011

TARIAN POCO-POCO DIHARAMKAN?

Seriusly, aku baru tahu yang tarian poco-poco adalah haram. Artikel dari Oh! Tidak.

Aku rasa kebanyakkan kem PLKN di seluruh negara ada mempraktiskan tarian ini dalam modul mereka. Nampak gayanya modul senaman PLKN dah kena tukar la kot.

Aku ingat tarian ini adalah berpunca dari tarian simple dari video klip Poco-Poco nyanyian Jopie Latul yang dikembangkan sebagai satu senaman ala-ala senamrobik. Tak sangka pula hasil siasatan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak begitu luas sehingga mendapati bahawa tarian ini adalah berunsur pemujaan roh yang diamalkan di Jamaica dan berciri kristian.

Aku tak pasti tarian yang mana satu yang dikatakan sebagai berunsurkan pemujaan roh sebab setahu aku tarian ini berevolusi dan dah banyak versi tarian poco-poco ini. Lain la macam senaman Yoga yang sememangnya senaman sejak dulu.

Aku rasa pihak yang berkenaan kena la buat penerangan dalam media ke surat khabar ke yang menerangkan tarian yang mana satu yang dikatakan haram. Dan mana sumber kajian yang mengatakan tarian poco-poco ini dari acara pemujaan roh di Jamaica. Boleh kita berkongsi ilmu dan pengetahuan. Sekarang kan rakyat Malaysia dah semakin terpelajar, makanya tak mudah la nak percaya bulat-bulat.

Kalau ada sumber kajian tu, lagi elok. Saya bukan ingin menidakkan kuasa mana-mana pihak tapi sekurang-kurangnya kalau sumber kajian itu dikongsi kepada umum, ini tak merugikan mana-mana pihak dan sekurang-kurangnya dapat menutup mulut mana-mana pihak yang meragukan keputusan ini.

Insyaallah.


Saturday, April 11, 2009

NATA DE DADIH 101

Mari kita belajar cara-cara nak memulakan perniagaan dadih yang aku telah mulakan secara kecil-kecilan secara semester lepas dan dibesarkan ke semester ini.

Semoga maklumat di dalam INI akan memberikan sedikit ilham atau peluang untuk korang semua menceburkan diri di dalam bidang perniagaan, atau dengan lebih spesifiknya perniagaan Nata De Dadih.

Lagi pun kerajaan pun ada suruh dak-dak perempuan lepasan IPTA mula niaga kecil-kecil. Apa kata mula dengan jual Nata De Dadih. ha!

Nata De Dadih 101 : Persediaan - Klik Sini!

Semoga berjaya berniaga, ya!

Monday, March 16, 2009

ORIENTASI SEKS LELAKI : MANA YANG SONGSANG?


Mungkin topik ini agak sensitif bagi sesetengah lelaki tetapi atas dasar pengetahuan umum, aku cuba nak kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman aku (dan orang sekeliling aku) ditambah pula dengan kecerdikkan kamu semua, dan sila simpulkan sendiri.


Gejala tidak bermoral ini sebenarnya sudah bermula sejak zaman berzaman. Dari bangsa ke bangsa dan kini menular pula ke bangsa Malaysia. Lebih-lebih lagi mereka yang beragama islam. Jika di negara barat, ianya sudah menjadi satu kebiasaan, malah ada negara yang ”menghalalkan” perkahwinan sesama jantina lelaki. Biasa tengok pengantin ”wanita” bertuxedo? Geli bukan bila priest mengumumkan ” You can kiss the bride” lalu bercium-lah orang pengantin yang sama jantina itu. Macam Sir Elton John.



Jangan pula disangka di Malaysia ini tiada golongan seperti ini. Mungkin kita tidak sedar dengan kehadiran mereka dalam masyarakat kerana masih lagi berperwatakkan seperti lelaki sejati yang biasa. Tetapi sebenarnya songsang. Mereka bersembunyi di sebalik tubuh sasa dan wajah tampan. Mereka juga sudah mempunyai komuniti dan jaringan sosial yang besar. Jika kebiasaannya kita meluaskan jaringan sosial di web seperti friendster, myspace atau facebook, mereka mempunyai web tersendiri seperti guys4men.


Bagaimana nak detect mereka ini?


Agak sukar nak detect mereka ini. Tetapi mereka kebanyakkannya boleh dikenalpasti dengan gaya mereka yang gemar ber’touch up’, rambut tersisir rapi atau rambut dengan gaya terkini (Spiky, Messy, ala Korean), baju diseterika elok (walaupun kemeja T), mempunyai set penjagaan rupa diri yang lebih ke arah kewanitaan (tapi mereka kata itu gaya maskulin), belum berkahwin walau usia sudah lanjut (tapi mereka kata itu belum ada rezeki) dan macam-macam lagi. Tapi kriteria yang aku nyatakan ini sebenarnya masih belum mencukupi untuk mentafsirkan mereka sebab mereka pandai menyembunyikan orientasi seks mereka.


Pernah juga aku melihat 2 orang lelaki yang berlainan perwatakannya. Mereka tidak lembut. Masing-masing punyai wajah Malaysia yang tampan. Susuk tubuh yang sasa. Dada bidang yang meruntun hati ramai wanita. Tetapi yang peliknya, mereka berjalan berpegangan tangan, berpeluk-pelukan. Jelik mata memandang. Jika perlakuan itu dari mereka yang berlainan jenis, mungkin sedap juga mata nak pandang.


Oh, ya. Ada juga seorang kawan bercerita pengalamannya diintip oleh seorang gay. Sedang dia makan bersama aweknya di sebuah gerai mee di Tesco Alor Setar, aweknya menyedari bahawa beberapa pelayan gerai (yang kesemuannya adalah lelaki) memandang ghairah kepada dia. Jika memandang ghairah terhadap aweknya, itu lumrah biasa bagi lelaki tapi memandang ghairah kepadanya pula. Apakejadahnya pandang ghairah pada dia. Saya bersetujui jika dikatakan kawan ini langsung tidak mempunyai ciri-ciri lelaki dambaan tandas. Jauh sekali jika dikatakan jambu atau ”baby-face”. Tapi inilah yang berlaku.

Saturday, January 10, 2009

FINANCIAL GLOBAL CRISIS

Aku sebenarnya tidak berapa cekap lagi dalam menghadiri apa-apa pembentangan kertas kerja atau apa-apa seminar. Sejak dari peringkat sekolah lagi. Hantar-lah mana-mana penceramah sekali pun, walau apa jantina sekali pun, walau seksi mana sekali pun, walau se-hensem mana sekali pun, jiwa aku memang tak kena langsung nak dengar-dengar orang membebel.

Tapi sejak dah berada lama di kampus ini, melihat pelbagai ragam orang, bangsa, etnik, warna kulit dan keazaman manusia untuk berubah, sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku. Aku cuba menanam minat dengan majlis-majlis ilmu, conference-conference, seminar-seminar, pembentangan kerja kertas dan lain-lain lagi. Mana la tahu jika hobi baru aku ini boleh menambah nilai di dalam resume aku nanti. Chikas sekarang pun minat orang-orang yang agak intelek. Value added tu.


Aku rasa seminar kali ini aku jadikan sebagai batu loncatan untuk meneruskan langkah murni aku ini pada masa akan datang.

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama IBBM (Institut Bank-Bank Malaysia) dan kampus aku untuk memberi peluang pelajar-pelajar peringkat sarjana dalam bidang perbankan membentangkan penyelidikan mereka terhadap krisis kewangan global yang sedang melanda dunia. Ia sebenarnya dikhususkan kepada sesetengah pelajar jurusan perbankan dan kewangan tetapi pelajar lain juga dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.

Pembentangan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang berlainan bagi memendekkan masa yang selalu mencemburui. Dan dalam kumpulan aku ada 4 orang presenter yang masing-masing adalah pengurus bank. Antara tajuk-tajuk penyelidikan mereka ialah "Subprime issue : How Islamic Financing Able To Solve Problem During Financial Crisis", "Economic Stimulus : How Effective Are They", "Interest Reduction : A Solution For Financial Crisis" dan "Bank's Roles In Preventing Financial Crisis".

Walaupun aku tak faham kebanyakkan fakta yang ditengahkan sebab banyak melibatkan fakta-fakta perbankan, tapi aku cuba hadam perlahan-perlahan fakta-fakta tu. Moga-moga berguna satu hari nanti.

Oh ya, aku hadir dengan seorang chikas yang sedikit sebanyak mendorong aku untuk hadir.

Kalau nak muat-turun nota-nota penyelidikan mereka, boleh-lah berbuat demikian. Bukan apa, aku cuma berharap dengan penyebaran ilmu-ilmu ini kita dapat bersama-sama memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut.

Apa guna kalau simpan, kan? Sharing is caring.