Friday The 13th? Jumaat ke 13? Jason Vorhees?
Sejarah semua itu dude. Sejarah Tasik Kristal.
Atau dalam bahasa TV3-nya, "Kliwon".
*geleng-geleng*
Friday, February 13, 2009
MOTOR LAJU
Lokasi : Tempat basuh motor, berdekatan bilik Abud.
Masa : Lepas Maghrib
Ayam sedang sibuk mengelap-ngelap motornya yang baru selesai dibasuh. Datang Shafik dari belakang dan bertanyakan soalan mengenai spare part motor yang sesuai untuk Lagendanya, supaya setanding dengan Valentino Rossi.
Shafik : Macam mana ha.... nak bagi motor laju.
Dengan perasaan malas nak layan (akibat kepenatan mungkin), ayam pun menjawab.
Ayam : Bawak la laju-laju... Full throttle some more.

Wednesday, February 11, 2009
BERITA BISNES : NATA DE DADIH TELAH MENEMBUSI PASARAN "SWEET CORNER"
Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi kami (Pengurus Cawangan MISC, Petronas dan Proton) dan rakan kongsi kami kerana pasaran untuk produk kami, Nata De Dadih telah berjaya dipasarkan di "Sweet Corner" a.k.a tempat jual paper di hadapan FPK dan FE.
Tempat ini merupakan antara kedai jual paper yang paling lama di kawasan ini. Malah, mereka telah mempunyai pelanggan-pelanggan tetap dan rangkaian perniagaan yang luas. Maka, tanpa ragu-ragu kami cuba untuk memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan mereka.
Dan hari ini telah bermula. Bagi permulaan, kami bermula dengan stok dengan kadar sederhana iaitu sebanyak 24 cawan. Bukan kami tidak confident yang produk kami akan laku (kerana menghantar hanya 24 cawan), cuma hendak memberi ruang kepada peniaga dadih muda yang lain untuk membina empayar dadih mereka sendiri.
Kami tidak lihat ini sebagai suatu saingan 'membunuh'. Lebih kepada saingan sihat kerana rezeki tuhan apa salahnya kita sebar-sebarkan, ye tak?
Akhir kalam, kami menjemput para pelanggan untuk ke "Sweet Corner" jika ada kelapangan. Pusat jualan kami di MISC, Petronas, Proton dan kedai kerepek Mall masih beroperasi sepeti biasa.
Sokongan pelanggan yang jitu, membuatkan semangat kami meneruskan perniagaan bertambah-tambah walaupun hakikatnya, kami mempunyai jadual tugasan akademik yang ketat.
Terima kasih jutaannya.

Tuesday, February 10, 2009
ALIM-ALIM KUCING, ALIM LAGI COMOT
Toilet. Atau tandas dalam bahasa melayunya. Dan ada juga menggelarnya bilik termenung, bilik berehat dan sebagainya. Tandas awam 20 sen tetapi tandas awam kat Tasik Titiwangsa berdekatan dengan Eyes Of Malaysia berharga 50 sen (kalau tak silap).
Di rumah aku ada tiga tandas yang percuma. Aku selesa menggunakannya. Sebab percuma (sedangkan bapa aku bersusah bayar bil air tiap-tiap bulan). 2 di tingkat atas. 1 di tingkat bawah.
Di rumah aku, semua orang mula menggunakan tandas seawal umur 3 tahun. Kadang-kadang tu, adik terlupa. Susah nak bezakan tandas dan tilam kalau kita sedang tidur, katanya.
Cuma sekarang tinggal nak ajar 'adik bongsu' aku untuk gunakan tandas. Comot memang degil sikit. Memang dah tergambar masa ayah mula-mula jadikan dia 'anak angkat' dulu.
Nak kena bersepak, terajang, bantai baru dia faham nak guna tandas. Kalau takat bercakap, sampai berbuih mulut pun dia tak faham.
Satu hari ketika kami pulang dari menjelajah pantai timur, kami terus masuk rumah untuk menge'check' keadan Comot. Sehat ke dia, makan cukup ke tak, berak bersepah ke tak. Makan cukup, check! Sehat cukup, check! Berak cuk... err...err... Eh? Kat mana pula Comot ni berak? Biasanya dia berak kat tandas bawah tapi tiada kesan najis cair ataupun pepejal di sekitar kawasan dapur.
Kami dengan senang hati buat andaian yang Comot tak berak sepanjang kami menjelajah. Comot kan kucing baik.
Setelah pintu rumah di kunci dan keadaan di tingkat bawah rumah memuaskan, ayah mendahului ke tingkat atas. Tak sabar-sabar nak tidur. Tak semena-mena....
"COMOT!!!!" Ayah menjerit. Kami yang masih di bawah tersentak.
Rupa-rupanya Comot tak berak di tandas bawah sebab dia dah buat main dengan najis-najisnya di tandas tingkat atas dan kawasan sekitarnya. Habis lantai penuh dengan najis.
Cilakak Comot.
Malam itu, teruk juga Comot kena bantai.
*Get use to it Comot. Nak jadi anak ayah, biasa-biasakanlah badan kena bantai*

Sunday, February 08, 2009
REVIEW TENTANG KEHIDUPAN ANJING SLUM YANG BERUBAH MENJADI JUTAWAN

.
Mereka tak pandai. Hidup pun tepi-tepi longkang. Hidup perlu diteruskan dengan menipu, mencuri dan pelbagai jenayah lain. Sejak dari kecil lagi, hidup di kawasan pembuangan sampai dan aplikasi "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" boleh digunakan.
.
Bermula dengan seorang polis yang tidak puas hati kerana Jamal dapat menjawab soalan di dalam siri televisyen "Who Want To Be A Millionaire?" sehingga ke peringkat akhir. Jamal dituduh menipu. Siapa Jamal? Penyanyi-kah? Genius-kah dia? Pandai tipu ke dia? Boleh la sikit-sikit.
.
Filem ini mengisahkan pasangan adik beradik, Salem dan Jamal, yang hidup di satu kawasan pembuangan sampai di Mumbay, India. Kehidupan sengsara mereka bermula apabila ibu mereka mati dalam rusuhan Muslim - Hindu di sana. Sejak hari itu, mereka merantau ke seluruh India dengan menjadi penumpang keretapi secara haram.
.
Apa yang menarik dalam filem ini, Jamal menjawab soalan kuiz itu dengan hanya berpandukan pengalaman hidupnya dari gelandangan di tempat pembuangan sampah sehinggalah sebagai budak pembuat air di sebuah syarikat komunikasi. Paling intelek pun dia ada, baca buku The Three Musketeer, masa zaman dia dapat pergi sekolah dulu.
.
Kisah ini bertambah rancak bila mereka (Salem , Jamal) berkecimpung dalam bidang penjenayahan dari menjual barang curi, menipu pelancong di Taj Mahal, mencacatkan pengemis muda sehingga membunuh Ketua Geng Pengemis kanak-kanak.
.
Kisah cinta turut diselitkan dengan watak Latikha. Cinta yang Jamal damba sejak mereka berkenalan di kawasan pembuangan sampah sehingga menjadi gundik ketua gengster.
.
Apa yang menarik (pada saya) ialah ia menonjolkan kehidupan sebenar kawasan-kawasan yang selalunya kita tidak ambil tahu. Kawasan-kawasan hitam. Kawasan orang hidup melarat. Persepsi masyarakat pada mereka. Memang nampak 'real' kehidupan orang susah di sana.
.
Apa kata pembikin filem negara ini buat filem yang menonjolkan kehidupan sebenar masyarakat yang melarat di negara kita ini. Biar kebanyakkan dari kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang. Biar kita nampak jurang berbezaan sebenar negara kita. Biar pemimpin negara kita sedar, yang mereka sedang sibuk kejarkan kekayaan sehinggakan terlupa yang rakyat mereka masih lagi ada yang hidup susah.
.
Anyway, nice movie to watch.
MASJID KRISTAL, KAMPUNG WAN MAN, TERENGGANU
Friday, February 06, 2009
BUKAN BERITA SUKAN
ONE PART OF THE WORLD
Ross L. Watts , Jerold L. Zimmerman , Kuhn , Beaver , Godfrey , Scott , Suseela , Deegan , Belkaoui , Popper.
These are some of the heroes in Financial Accounting Theory.
One part of the world admired their works for accounting field.
One part of the world make their works as references.
One part of the world thinks their work make them feel miserable.
Wednesday, February 04, 2009
KACIP - KICAP
Aku selalu terbaca penulisan pipiyapong dan beliau selalu menggunakan perkataan "kacip" bagi mengekspresskan perasaannya terhadap sesuatu yang cantik, hebat, marvelous dan yang indah-indah belaka.
Dan mungkin ia menjadi trend dalam penulisan setiap penulisan blogger-blogger yang menjadi pembaca setia blog Hilangpunca.
Aku dulu ada seorang kawan yang kami gelar sebagai "kacip". Ya, ini kisah benar yang diangkat dari pengalaman aktual aku.
Dia seorang wanita melayu bijak yang normal tetapi mulut jahat orang yang menggelar dia sebagai "kacip". Kami tiada niat mahu membandingkan kecantikkan sebab cantik itu subjektif tetapi kami tetap panggil dia "kacip" juga.
Bukan sebab kami jahat, tetapi sebab nama dia Fatimah-lah kami memanggilnya dengan nama "kacip".
Kata kawan aku, ini senjata serampang dua (2) mata. 1) Mengampu. 2) Lebih mesra.
Entah mana mesra dalam "kacip", aku pun tak tau.

Sunday, February 01, 2009
PENGALAMAN SAYA NAIK BAS YANG ADA KEMBAR 3
Malam itu aku bertolak dari Johor Bahru jam 10 malam ngam ngam. Entah apa mimpi bas kali ini bergerak ngam ngam pula. Aku budget mesti diorang ada 'plan' something ni. Tapi belum sempat aku fikirkan 'plan' yang mereka rancang, aku telah dikenakan sihir tidur. Ceh, mudah sangat aku kena sihir tidur lena.
Sedar-sedar aku dah sampai di sebuah perhentian luar lebuhraya yang aku bayangkan di Slim River. Menjadi benar sihirnya. Aku pandang jam tangan. Sudah pukul 3.30 pagi.
Macam penumpang-penumpang lain juga, duduk lama dalam bas yang berhawa dingin boleh merangsang terkumpulnya 'urine'. Sebelum turun bas, aku pastikan betul-betul bahawa duit besi 20 sen ada dalam poket seluar aku. Dengan langkah berani aku turun.
Lepas melepaskan hajat, dengan mata yang mamai-mamai lagi, aku berjalan ke arah bas. Ramai pulak yang memerhatikan aku.
"Apa pandang-pandang? Nak kena akikah?" Bentak aku dalam hati. Garang.
Aku menaiki bas dan terus memandang ke arah tempat duduk aku. Cilanat! Sapa yang duduk tempat aku ni? Atau aku salah naik bas. Aku turun balik.
Aku tengok bas di sebelah. Masih bas yang sama, syarikat yang sama, arah ke utara juga. Aku naik dan terus pandang ke belakang. Ada orang di 'seat' aku.
"Eh, aku salah lagi ke?" Bisik hati gusar aku. "Atau aku dah ditinggalkan bas?"
Aku turun dan aku pandang ke sebelah lagi. Eh? Ada satu lagi bas, syarikat yang sama, warna yang sama, arah utara yang sama dan guess what? Nombor pendaftaran kenderaan yang hampir-hampir sama. JKM 9787, JKL 9787 dan JKD 9787.
Shit! Bas mana yang aku naik tadi?

Subscribe to:
Posts (Atom)