Friday, January 11, 2008

KALA SIANG MATAHARI TERIK, KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

Siang tahun baru, kami rancang untuk mengurangkan duit PTPTN kami di bandar Alor Setar dengan memberi apa-apa barang. Kami ingat peratusan pelajar menaiki bas ke Alor Setar menjadi rendah jika kami bertolak pada awal pagi tetapi sebaliknya berlaku. Seawal jam 9.00am lagi, hentian bas di seluruh universiti menjadi sesak. Ermm... tak.... menjadi terlalu sangat sesak. Pelajar berasak-asak ke Alor Setar samada bertujuan sama dengan kami atau hendak pulang ke kampung halaman kerana cuti 3 hari. Kami terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke hentian bas fakulti dari kolej kami. Hentian terakhir kerana kami dah tak larat nak pergi lagi jauh. Almaklum la, tak sarapan pagi itu. Agak letih biar pun belum sampai ke destinasi. Kami sabar menunggu di hentian bas yang dikosongkan kerana pelajar lain menerus ekspedisi menunggu bas di bulatan di pintu masuk universiti.
~
“Biar la. Aku dah tak larat ni. Tunggu je la bas kat sini.” Aku letih.
~
Aku sampai di Alor Setar jam 12.30am selepas berasak-asak, bertolak-tolak untuk masuk ke dalam bas umpama tin sardin cap Ayam. Begini la kehidupan pelajar kalau takde kenderaan sendiri. Dah la jauh dari bandar, berebut-rebut, bergadai nyawa nak naik bas pula tu. Sabar je la bang...
~
Kala Malam Bulan Mengambang. Sebuah karya Abg Mamat Khalid yang paling baru menjengah peminat di pawagam. Aku agak bernasib baik kerana pawagam kecil Metrowealth AS Cineplex di City Plaza Alor Setar ada menayangkan filem ini. Dengan bayaran sebanyak RM8 dan tempat duduk free seater, kami pun menonton filem berdurasi 100 minit ini. Filem neo-noir ini amat menarik dengan skrip ala-ala 50-an, props yang amat 50-an, pelakon seksi ala-ala kabaret 50-an dan jalan cerita pun 50-an. Bersepah-sepah. Sangat banyak perkara yang ingin dimasukkan dalam filem bersaiz 100 minit ini. Macam filem 50-an juga. Memang filem 50-an. Kalau bagi mat salleh tengok cerita ini dan katakan padanya; “Sir, this film is from 1956. We just show it”. Nescaya, akan percaya akan mat salleh itu pada kita. Serius. Kalau ada kesempatan, tonton la filem ini. Biar pun bukan tonton di pawagam. Hanya menonton di televisyen 1 tahun dari sekarang, kerana anda percaya filem ini akan dimasukkan di dalam senarai “Tayangan Raya” kebanyakkan stesen-stesen televisyen. Ambil masa untuk tonton. Jangan tengok di pawagam jika anda rasa anda suka maki hamun selepas menonton.
~
Eh! Tengok tu. Ada burung wak-wak!
~
~

credit to www.budiey.com

Tuesday, January 08, 2008

MALANG MEMANG TAK BERBAU TAPI BAU MALANG AKU MACAM BAU DAGING BAKAR

8 Januari
~
Aku dah agak perkara sebegini pasti akan berlaku jika aku mengambil kelas awal pagi. Bagi pelajar macam aku, waktu malam adalah waktu yang paling ideal untuk menonton filem-filem yang baru diambil dari PC member. Filem-filem internasional dan tempatan yang tak dapat ditonton di pawagam sepanjang 2007 and backward [kerana tempat aku belajar jauh dari pawagam] telah berjaya didownload oleh seorang rakan sepanjang cuti semester yang lepas. Dengan berbekalkan pen drive 4gb yang dibeli pada PC Fair JB yang lalu, aku berjaya mengambil beberapa filem yang aku idamkan untuk tonton tahun lepas seperti Disturbia, Resident Evil Extinction dan 9 September. Puas aku tonton sepanjang malam semalam. Tapi aku lupa yang kelas aku pada jam 8am pagi hari ini. Bangun lewat, nak gosok baju lagi, mandi lagi, bersiap lagi. Makan masa untuk touch up lagi. Lama tuh. Sedang aku melakukan kerja dengan kelajuan cahaya, accidently, aku tercedera. Aku pasrah. Aku rasa aku kena berubah menjadi early-bird person. Orang yang mencintai waktu pagi. Baru la tak bangun lewat. Hopefully.
~
~

Cuba teka kecederaan disebabkan apa?

~
~
Aku bukan sahaja ada kelas waktu awal pagi. Aku ada kelas malam juga, yang bermula jam 8pm ke 11pm every Tuesday. Quit fun. Lecturernya old school but not too old school, kata dia. Dia juga suka berfalsafah, yang mana aku sukanya. “Back-bencher will alway be back-bencher, front-sitter will alway be front-sitter”. Aku tak pasti samada dia perli atau itulah hakikat. Tapi kalau aku diberi peluang untuk memilih, itu memang hakikat. Sejak zaman aku belajar di politeknik, kerusi belakang akan dimonopoli oleh kaum adam. Bukan setakat monopoli, tapi berebut-berebut yang duduk belakang. Aku tak pasti apakah kelebihannya tapi aku juga turut duduk belakang. Semulajadi kot. Kerusi depan biasanya dimonopoli oleh pelajar cina, perempuan dan ada segelintir lelaki skema. Lecturer itu juga ada menyuruh kami memilih ahli kumpulan untuk tugasan akan datang. Guess what? Kumpulan aku semuanya lelaki dan lecturer itu berfikiran seperti kami. Dia dah agak dah yang kami akan sekumpulan memandangkan kami berlima duduk sebaris. “Very like my old days” dia kata. “I used to be like you all while i do my degree.” Tapi tak kesah pon. Dia faham kenapa kami buat macam itu sebab dia pun buat, dulu. Yang aku makin suka lecturer ini bila dia kata “Kalau kamu tak suka datang kelas ini, kamu tak payah datang. Saya takkan barred kamu. Depend to you.” Kalian tahu apa maknanya tu? Merdeka!
~
Dalam kelas malam ini juga, kami cuba kenen-kenenkan seorang sahabat [si jejaka] dengan seorang sahabat lain [si gadis]. Kami nampak mereka agak secocok, selalu berbalas teks mesej tapi bila bertentang mata, mulut tak terkata, buat-buat tak kenal. Ego. Kami takde la badi sangat dengan si gadis tapi kami sangat la berbulu dengan si jejaka ni. Berlagak. Katanya “Bukan aku nak kat perempuan tau, perempuan yang nak kat aku.” Ego. Kami anti egoisme. Misi berjalan dengan lancar dengan bantuan Muffler, si mulut jahat 1 dan Tutot, si mulut jahat 2. Baru kau tahu merah tak merah la pipi kau kemalu-maluan bila dikenakan. Kalau kau kenakan orang, tak hingat dunia kau kenakan. AMEK KAU UBAT!

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 10

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
~
~
Dalam seminggu kita telah dikurniakan 7 hari yang dinamakan Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Apa pulak yang istimewa sangat hari-hari ini? Pada hari-hari ini, pada tarikh-tarikh tertentu, suatu ketika dahulu, ada berlakunya beberapa peristiwa yang mungkin tak akan dilupakan oleh kebanyakkan pelajar sekolah saya.
~
Hari 1.
Hari di mana datangnya Dato’ Ghani Othman ke sekolah saya untuk merasmikan projek Sekolah Bestari. Mungkin untuk pelajar-pelajar yang pindah selepas PMR, cerita ini adalah baru sebab ianya berlaku sekitar tahun 2000 a.k.a Y2K. Batch kami lengkap berpakaian baju melayu maroon untuk bermain kompang, pelajar yang kena berlakon di Bilik Bestari sedang giat sediakan lakonan mereka. Dan yang paling bertuah ketika itu ialah Mohd Faraein Sanusi. Bekas pelajar High School Kluang bersama-sama dengan Dato’ Ghani Othman bergambar dan terpampang di muka depan Berita Harian. Bangganya tak habis-habis hingga ke hari ini.
~
Hari 2.
Hari Sukan. Hari yang amat dinanti-nantikan oleh ramai atlet sekolah untuk menonjolkan bakat mereka dan juga untuk menawan hati wanita dengan gaya keatletan mereka. Sucks. Bagi aku, apa yang aku nantikan ialah waktu rehat kerana kelas takde. Lepas ambil makanan percuma, buat kecoh kat khemah pasukan hijau, kacau-kacau peniaga-peniaga gerai dan tunjuk muka depan guru kelas, then balik dorm dan sambung membuta. Nak tolong kemas semula khemah? Suruh budak form 1. Tak kuasa aku. Waktu hias khemah pada malam sebelum hari sukan juga antara aktiviti yang aku suka. Hias khemas macam nak hias pelamin. Tapi pasukan hijau seringkali kalah walaupun kami dibantu tukang hias terulung kami, Nazrun. Yang selalu menang tak silap aku pasukan merah. Juara keseluruhan masih lagi pada pasukan hijau. Hijau Rocks!
~
Info : Hijau – Khalid Al-Walid
Merah – Tariq Ziad
Kuning – Usamah Zaid
Biru – Salehudin Al-Ayubi
~
Hari 3.
Hari terbuka dan solat hajat sekolah. Waktu ini amat dinanti-nantikan oleh ramai ibu bapa yang rata-rata ingin mengetahui prestasi anak-anak mereka yang berpura-pura baik di rumah tapi di sekolah terjal nak mampus. Kebanyakkan ibu bapa yang berada di luar daerah sekolah, mereka takkan datang sebab hari terbuka diadakan pada hari sabtu, orang kerja setengah hari. Aku bersyukur aku datang dari luar daerah sekolah ini. Tak la ibu bapa aku tahu perangai aku di sekolah. Hahahaha.... Pada sebelah malamnya, majlis solat hajat diadakan di Dewan Al-Hidayah. Makan menggunakan dulang antara aktiviti yang aku suka sebab aku akan pilih rakan-rakan yang bersaiz kecil seperti Fazzer, Obet untuk memastikan aku dapat bahagian yang lebih. Tak cukup lauk? Mintak pada orang dapur. Mereka kenalan aku. Aku akan buat apa sahaja asalkan aku kenyang.
~
Jahat? Takde la.
~
Hari 4.
Hari Jumaat. Jumaat? Apa yang best sangat? Hari ini la hari yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar sekolah aku. Sebab hari balik kampung. Setiap kali Jumaat akhir setiap bulan, kami akan pulang ke kampung halaman. Waktu ini lah suasana kelas akan menjadi hambar, ramai yang cabut kelas terakhir hari jumaat tu, tak kurang juga yang dah cabut malam sebelum itu dengan teknik “Fly” atau panjat pagar belakang sekolah. Aktiviti tak bermoral. Macam-macam perangai yang kita boleh lihat waktu tu. Dekat stesen keretapi akan dipenuhi dengan pelajar wanita dan lelaki walaupun pada masa itu solat jumaat sedang dijalankan. Ponteng solat jumaat la tu. Juga pada masa inilah jumlah jualan tiket pengusaha bas Yow Hoe akan meningkat kerana pelajar akan berebut-rebut sanggup gaduh untuk naik bas ke Air Itam.
~
Those memories remind me a lot of things. What a memories....
~
Banyak lagi hari yang istimewa tapi aku tak larat nak taip sekarang. Malas. Masuk kelas Advanced Taxation semalam dah dapat “jajan”. Tugasan tentang budget 2008 dan kena submit ahad next week before 10am. Penat.

Monday, January 07, 2008

HARI AHAD YANG BAHAGIA. LUNCH BERSAMA GADIS CANTIK. HADIAH BIRTHDAY DARI GADIS MANIS. AKU BAHAGIA.

6 Januari.
~
Aku terserempak dengan seorang gadis yang perlukan bantuan aku mencari kelas. Aku tolong gadis yang aku kenal semester lepas itu kerana waktu itu aku sedang menghabiskan masa kosong. Pusing satu per satu fakulti untuk mencari bilik kelasnya. Walaupun kelasnya pada jam 5.00pm dan jam tanganku sekarang jam 12.00pm, dia tetap nak cari sampai jumpa walaupun perutnya kosong sejak malam tadi. Padan muka. Siapa suruh makan kuih je malam tadi. Aku tak larat nak temankan dia naik cari kelas. Jadi aku tunggu je kat aras bawah.
~
Up to you dear. But i waiting down here while you search the class up there. I’m tired.”
~
Lepas penat, kami cari makan kat Subaidah yang dah macam Little Arab tengah hari itu. Pak Arab bersepah-sepah. Hisap rokok di khalayak ramai tanpa rasa bersalah. Shit. Ikut la peraturan wei. Walaupun aku terpaksa beratur hampir ½ jam semata-mata untuk mendapatkan nasi berlaukkan sayur kobis dan sotong goreng tepung [Tepung goreng kot, sotongnya 2,3 ekor je], aku tetap bahagia lunch hari itu. Aku tak ditemani oleh Jan atau Muffler atau Muaz tetapi ditemani gadis cantik. Perkara yang jarang aku dapat buat dalam dunia ni [Dan aku takkan lepaskan untuk lunch bersamanya]. Takde la best sangat lunch dengan dia. Cuma aku rasa gembira bila ada orang jeling-jeling jealous bila lelaki beast yang besar macam aku ni boleh lunch dengan gadis cantik tu. Hahaha... Jeles!
~
~
5 Januari
~
Tanpa disangka-sangka, pada petang itu, petang sabtu itu, gadis manis beri mesej untuk pinjam movie koleksi aku. Jangan salah faham. Bukan cd blue atau lucah. Bukan juga dvd lucah menteri. Cuma koleksi movie pelbagai filem. Untuk dia isi masa-masa lapangnya di kolej. Katanya la.
~
Aku sampai di tempat yang persetujui. Sama dengan dia. Seiring kami tiba. Dia hulurkan sebuah plastik bag. Aku juga hulurkan plastik bag berisi CD tapi aku tak minta apa-apa dari dia. Apekebendanya dalam plastik bag tu? Hahahaha.... Hadiah birthday dan kad ucapan. Aku tersentuh. Gadis manis, kau la orang kedua bagi aku hadiah untuk birthday kali ini walaupun sudah hampir 2 bulan berlalu. Sweet!
~
~
~

Hanya kereta kayu dan kad ucapan yang sweet.

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR 9

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.
~
“Jangan berguru dengan buku. Bergurulah dengan guru yang sebenar”
~
Kata-kata salah seorang cikgu yang pernah mengajar saya.
~
Saya tak berapa nak ingat sangat berapa jumlah cikgu yang pernah mengajar saya sepanjang 17 tahun saya menjejakkan kaki ke bilik darjah. Tapi kebanyakkan daripada mereka tiada banyak sangat masalah dengan saya kerana saya bukan pelajar bermasalah sebab tak reti nak buat masalah. Bukan saya kata saya ni baik, cuma saya tak mampu nak buat masalah banyak sangat. Sikit-sikit boleh la.
~
Sepanjang zaman pembelajaran, saya amat suka zaman sekolah menengah. Bukan kerana pelajar puterinya. Bukan juga kerana cikgunya. Tetapi kerana kenangannya.
~
Anda semua ingat lagi cikgu-cikgu yang menganjar anda semasa zaman persekolahan? Ingat lagi siapa yang pertama sekali menghukum anda dengan hukuman-hukuman tak munasabah? Siapa pula cikgu-cikgu yang anda minati sama ada dari segi rupa parasnya, fizikalnya mungkin. Atau kerana cikgu itu amat pemurah dalam memberikan markah-markah yang anda sendiri tak layak menerimanya. Ada juga cikgu-cikgu yang menjengkelkan.
~
Saya rasa saya tidak ada meminati mana-mana cikgu, secara personalnya. Tapi saya akan tetap mengingat cikgu itu walaupun macam-macam benda yang baik dan jahat telah dia perlakukan pada saya.
~
Top 3 teachers for each situation.
~
Hukuman.
1) Cikgu Saer Mungin – Kena “Kompang” lepas perhimpunan sekolah di “line kuning” pada hari jumaat di Tingkatan 3. Sebabnya saya pakai kasut sport ke perhimpunan. Bukan saya nak melaram, kasut kena rembat la cikgu. Sakit tu. Turut kena tempeleng ialah Shazi atas kesalahan yang sama.
~
2) Cikgu Mohd Noor Tugimin – Tekan tubi 50 kali di taman di tengah-tengah hostel lelaki. Sebabnya main ping pong selepas jam 6.30pm. Skemanya cikgu ni. Saya tengah berlatih la untuk wakil sekolah!
~
3) Cikgu Yahya Awang – Kena sebat di bahagian punggung di hostel lelaki atas kesalahan lambat turun ke surau untuk sembahyang maghrib. Piau siot. Dah la pakai kain pelikat sahaja. Berbirat tu...
~
~
Jualan
1) Cikgu Saufi Awanglah – Cikgu paling aktif menjual apa-apa benda kepada pelajar. Antara produk jualannya ialah baju batik hawaii, kasut adidas, mee siput, nata de coco sejuk pelbagai perisa, baju batik sutera dan pelbagai lagi. Aktif cikgu ni. Gua respek sebab gua dapat manfaat.
~
2) Cikgu Nor Aziah Manaf – Cikgu koperasi. Memang penjual tapi di kedai koperasi je la.
~
3) Takde lagi kot?
~
~
Kejut Subuh.
1) Cikgu Zainal Abidin Sakiran [Jenal] – Cikgu ini memang aku paling respek. Tak payah guna rotan or wahat ever alat bantuan mengejut. Dengan berbekalkan bunyi enjin motor dan suara garaunya, itu sudah cukup memadai untuk menggegarkan aspura. Percayalah.
~
2) Cikgu Sarnon Jumiran – Cikgu ini sangat lembut hati. Memang tak seswai untuk kejut subuh. Tapi dia tetap mahu lihat anak-anak muridnya turun subuh. “Bangun...Bangun... Dah babi..Dah babi...” Apa tu? Sebenarnya dia cakap “Bangun...Bangun..Dah pagi...Dah pagi...”. Tapi budak ni dengar frasa yang atas tu. Jadi bahan ajukan bertahun-tahun lamanya. Lagi satu, budak-budak ada kenakan cikgu ini. Beriya-iya la cikgu ni kejutnya sorang budak atas satu katil ni. Mula-mula tinggikan suara, tak jalan. Dia cubit, rupa-rupanya bantal. Apa lagi, bantai gelak la subuh tu. Saja je dorang pedajal cikgu ni. Kesian dia.
~
3) Cikgu Yahya Awang – Dia tak suka kejutkan budak guna suara atau mulut. Dia lebih senang layangkan rotan ke punggung empuk budak-budak ni. Biasanya kena 2 kali la. Yang pertama, sebagai wake up call, mamai-mamai lagi. Yang kedua, terus segar.
~
~
Ada banyak lagi kategori-kategori yang aku nak masukkan. Tapi malas la pulak nak taip. Aku simpan je la. Kalau aku rajin, aku letak la. Har...har...har...

Sunday, January 06, 2008

ASAKAN DEMI ASAKAN BUAT AKU TAK KERUAN

Hari ini aku memulakan sesi pembelajaran sebagai seorang mahasiswa. Walaupun hati ini berat untuk menghadiri kelas pada awal pagi tapi aku gagahi juga demi cita-cita aku. Hahaha... Aku mengarut pagi-pagi ini. Bukan malas apa, sah-sah la ada tugasan yang perlu di hantar. Sesi berkenalan dengan lecturer baru dan ahli kelas yang baru adalah sesi yang paling aku tunggu-tunggu. Boleh usha-usha awek, dengar lecturer mengarut. Takde la sesi pembelajaran.
~
Kenapa aku usha awek pada hari pertama?
~
Sebab aku nak jadikan sebagai batu loncatan pada masa akan datang. Kegunaannya akan nampak lebih jelas bila kegiatan memfotokopi nota dan tutorial berjalan. Perempuan.... Nota mesti kemas dan tutorial mesti buat punya... Aku bukan memanipulasi wanita, aku hanya minta bantuan. Kalau dia susah, aku jugak yang tolong. Bohong la kalau kata ada budak lelaki yang kata dia tak buat macam aku ni. Tapi aku bukan desperate sangat pun...
~
Kebiasaan di sini, pada awal semester, bilik ketua jabatan akan dikerumuni ramai pelajar yang ingin "add / drop" subjek. Aktiviti ini akan berlanjutan sehingga akhir minggu ini. Bila hadir kelas dan mendapati lecturer yang mengajar adalah jenis "killer" atau "tak berkompromi", tindakan pelajar selanjutnya ialah tukar kelas jika ada kekosongan, atau tarik diri dari subjek tersebut. Biasa la tu. Nak jaga pointer. Buat apa nak teruskan jugak kalau result komfem dapat "D" atau "F". Dimomok-momokan lagi dengan khabar-khabar angin dari senior-senior sebelum ini tentang ke"killer"an lecturer itu. Lagi la takut. Aku pernah buat. Sekali. Sebab lecturer yang bagi "F" mengajar lagi untuk subjek yang aku dapat "F" tu.
~
Lagi kebiasaan di sini, gerai-gerai makan dan food court di sini akan sentiasa dipenuhi dengan pelajar. Sebabnya, pada awal semester, semasa duit pinjaman masih lagi 4 angka, setiap kali ada ruang antara kelas, di sini la tempat lepak paling ideal. Gap di isi denagn acara memakan, minum dan borak kosong sambil diselangi dengan gelak tawa bak beruang. Meriah. Tapi kita tengok la dekat-dekat akhir semester, tatkala duit pinjaman dah mencecah paras minimum dalam akaun bank, masa ni la nampak lengang sikit. Musim dah takde duit. Makan mee segera je la kat kolej.
~
Alamak! Kelas dah nak start ni. Alallala...lalalal.... Aku lalok....
~
~

Saturday, January 05, 2008

TERSENTAK DENGAN GANGGUAN MAKHLUK BANGANG YANG TENDANG PINTU PADA JAM 4.00AM SEMATA-MATA SURUH BUKA PINTU BILIK YANG DI KUNCI DARI DALAM.

5 Januari : 7.00am
~
Perbualan kosong yang tipikal pada awal semester.
~
“Kawan aku ada seorang jadi Pegawai Jabatan Agama dowh!” kata Jan memulakan.
~
“Kalau aku nak mintak cepatkan proses penceraian aku, senang la. Ada kabel.” Sambungnya.
~
“Aik? Masuk U pun kabel, nak cerai pun guna kabel ke?” Pangkah Muffler.
~
“Ye lah, nanti aku suruh la pusing-pusing sikit. Tak payah la aku kena bayar nafkah si pencarian” kata Jan lagi.
~
“Hidup sendiri pun takde harta, kau ngada-ngada nak bayar sepencarian la, ape la.” Pangkah Jiji pulak.
~
Gelak hilai memecah dinihari yang rata-rata pada waktu ini, semester lepas, kami tengah bersiap-siap nak ke kelas ko-k.
~
“Bukan aku yang kena bayar, bini aku tu la yang kena bayar kat aku.” Jan cuba berdalih.
~
Perbincangan bangang pada awal pagi buat aku rasa lapar. Thanks Mak Ngah sebab buka cafe pagi-pagi ni. Kesian jugak kau kat kami, walaupun dengan mee goreng keras, nasi goreng tawar dan nasi lemak simple kamu ni.

HARI PERTAMA BERMULA SEBAGAI SEORANG PELAJAR LAGI. MASIH PENING DENGAN ATMOSFERA DI SINI. AKU TERASING BAK MAKHLUK ASING.

4 Januari
~
Badan aku masih lagi penat sebab semalaman tidur atas kerusi tak empuk Durian Burung. Tapi yang peliknya, aku bagai koma sepanjang malam tadi. Sejak naik dari Larkin jam 9.30pm hinggakan pemandu membuat pengumuman bahawa bas dah sampai Changlun lebih kurang jam 5.30am. Rasa macam kena pukau pun ada. Mungkin pendingin hawa bas yang sejuk-sejuk tak sejuk sangat membuatkan aku lebih selesa walaupun duduk di atas kerusi tak empuk. Atau mungkin aku benar-benar kena pukau. P/s: Hati-hati menaiki bas ini. Bukan kerana kepukauannya. Tapi sebab tambangnya yang tak tentu. Sekejap RM65, lain kali RM75, pastu RM60 pulak. Aku naik ni pun sebab terpaksa. Tiket lain dah sold out. Boikot!
~
Sejak dari pagi tadi aku tak boleh nak tidur. Sebab dah puas tidur atas bas kot. Lepas check in masuk kolej pagi tadi [Damn! Kena beratur selama sejam], aku dilawati seorang kawan yang bosan duduk keseorangan di kolej yang lagi satu. Dia dah sampai semalam. Takde yang menarik dalam perbualan kami. Hanya perbincangan tentang rancangan menarik di televisyen yang mengumpan penonton dengan gadis-gadis manis sebagai pelakonnya seperti “Cinta & Keadilan”, “Kisah Kaisara” dan sebagainya. Kami antara mangsanya. Perbualan mengarut yang semakin lama semakin berbaur lucah terus dihentikan sebab perut masing-masing tengah lapar. Kena la cari makanan dengan berjalan kaki sebab kenderaan masih belum sampai lagi. Jauh jugak la. Dalam 500 meter. Bagi aku ini satu bebanan sebab jarak ini bakal membakar kalori yang aku ternak selama cuti semester.
~
Setelah makan dan membeli belah serba sederhana, aku terus la lepak member aku yang satu ni sebab kalau aku balik bilik sendiri, alamatnya terlajak solat jumaat la aku. Oh ya! Duit pinjaman PTPTN dah masuk. Ah... Heaven. Tentunya kalian pernah rasa sebegini waktu belajar dulukan? Dapat duit RM2,000++, 3,4 hari kemudian menyusut serta merta. Perkara biasa. Sekarang kalian dah tak rasa sangat sebab masing-masing gaji sebulan dan sama dengan duit pinjaman aku untuk satu semester. Apa kata kalian derma pada aku sedikit. Kira macam sedekah pada orang yang memerlukan la. Ok? Aku mengarut lagi.
~
Hari yang bosan. Sepanjang hari mengemas bilik yang menjadi sarang pelbagai kuman, kumbang dan pepijat selama cuti semester. Hish! Habuk jangan cakap la. Pening aku. Aku curi penyapu, aku sapu bilik. Aku curi mop dan baldi, aku mop lantai. Home sweet home. Guna tangan pun boleh....
~
Malam lepak bilik kawan aku. Adik beradik pembunuh sibuk nak layan cerita ‘Saw 4’. Dahagakan darah katanya. Mereka seronok tengok adegan bunuh membunuh dan darah berselerakkan. Gila. Hahahaha.... Aku penat. Aku mahu tidur. Hari esok, siapa yang tahu? Lalala.... Aku lalok...

Friday, January 04, 2008

BUNYI CENGKERIK MENYAMBUT KEPULANGAN TUANNYA

Burung-burung hutan baru nak keluar dari sarang. Anak-anaknya dah bising kerana kelaparan. Nak tak nak si ibu segera keluar walaupun hari masih gelap.
~
Sang cengkerik membuat bising sejak dari malam tadi. Tak henti-henti. Takde sesiapa pulak tu yang mengadu tak boleh tidur. Kau memang hebat. Kalau aku bising, dah sah-sah kena bambu.
~
Sejak aku melangkah keluar dari Durian Burung, sejak kaki ini melekap kembali dengan tanah bumi bertuah ini, seakan mengalir suatu aura. Suatu tenaga. Ya, itulah tenaga batin... Hahahaha....
~
Pukul 6.00am lagi bas ini dah sampai ke sini. Terus angkat beg menuju ke kolej walaupun suasana masih lagi gelap. Duduk di cafe, layan internet sat, update blog sementara menunggu pejabar kolej buka. 7.15am. Pagi yang gelap kini sudah terang.
~
Aku tak pasti aku dapat layan blog ni sepanjang semester ini. Aku sangat sibuk. Tapi aku suka blog. Bagaikan diari maya yang aku boleh kongsikan bersama seluruh pelosok dunia. Tengoklah... Kalau rajin, aku aka kemaskini. Kalau sibuk, sebulan sekali kot.
~
Salam muhibah. Hehehe... Poyo jek....

Thursday, January 03, 2008

KEUNTUNGAN PENGUSAHA LEBUHRAYA PLUS MENINGKAT



Seat 7k Bas Durian Burung Double Decker bakal menjadi saksi pemergian seorang anak jati Johor pulang ke sarang untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar. Pemergian yang tidak begitu lama ini bakal diiring dengan keluarga ke Stesen Bas Larkin pada malam ini.

~

Sehubungan dengan itu, segala kemaskini dan kemasukkan entry-entry baru akan dihentikan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan diri bagi menghadapi kelas-kelas dan yang paling utama ialah untuk menyesuaikan kembali rohani dan jasmani saya dengan suasana pembelajaran. Bukan apa, moga-moga saya tak terlajak untuk menghadiri kelas jam 8.00am.

~

Suasana baru. Entry-entry yang lebih baru. Idea baru dan fresh. Doakan kejayaan saya di sini.