Showing posts with label Skandal. Show all posts
Showing posts with label Skandal. Show all posts

Saturday, September 08, 2012

CRUSH AKU SEORANG BIDADARI - PETIKAN DARI ZINE SKANDAL

Aku melangkah longlai. Cuaca terik buat aku makin lemah. Macam Ultraman yang berdada lip lap lip lap menunggu tenaganya kering. Kadang-kadang aku berfantasi dan imajinasi. Burung hering sedang berlegar-legar di atas kepala aku. Menunggu aku tumbang rebah ke bumi dan menjadi mayat. Memamah cebis-cebis daging aku dengan rakus. Selisih malaikat 44!
Syiling yang aku genggam berkerincing. Aku goncangkan dalam gumpalan penumbuk. Saja aku mainkan begitu. Supaya hilang fantasi dan imajinasi tadi. Langkah aku makin laju. Blok-blok rumah pangsa separuh usang menjadi tempat teduhan dari terus dijirus cahaya mentari yang panas berdentum.
"Mok, awak nak pergi mana tengahari gini?"
Seorang makwe berbangsa tionghua memanggil aku dengan pelat cina. Dia yang hanya mengenakan blaus pendek polkadot berwarna hijau kaktus itu menjerit dari tingkat 4. Dia kawan sekelas aku. Biarpun kami dari blok yang berlainan tapi hubungan kami rapat. Aku selalu pinjam kerja rumah dia. Nama dia Suzee. Suzee makwe yang paling seksi dalam kelas. Budak melayu semua pakai baju sekolah jenis kurung tapi Suzee masih steady mengenakan pinafore. Walau kami masih di sekolah rendah tapi kami sudah pandai menilai kecantikkan anugerah tuhan.
"Saya nak pergi kedai Maniam. Awak nak ikut tak?"
"Tunggu!"
Sebentar kemudian Suee turun dan berjalan sekali dengan aku menuju kedai Maniam. Tersengih-sengih muka dia sambil tangannya menunjukkan not kertas RM1.
"Apak saya bagi, dia kirim belikan aiskrim. Dia suruh belanja awak sekali."
Waktu itu, walaupun masih lagi muda, otak aku hanya berfikir, tindakan Uncle Lim membelanja aku aiskrim hari ini seolah-olah merestui hubungan aku dengan Suzee. Rasa macam Uncle Lim bisik di telinga aku, "Lu jaga anak wa baik-baik" je.
Kedai Maniam terletak beberapa blok dari blok kediaman aku. Untuk ke sana, aku perlu melintas blok kediaman Suzee dan 3 blok yang lain sebelum sampai. Di kedai Maniam ada jual aiskrim potong. Aiskrim perisa kacang merah dalam potongan kiub bentuk empat segi. Sebanyak-banyak kedai runcit di Taman Cempaka ini, kedai Maniam je yang ada jual. Selain rasanya yang lebih berkrim dan banyak serdak kacang merah, harganya jual murah. 10 sen untuk sebatang.
Suzee beli 3 batang aiskrim. 1 untuk dia dan 2 untuk aku. Kami makan di padang permainan sebelah kedai. Dengan dipayungi pokok yang rendang dan angin petang, kami bagai 2 insan yang bercinta. Kadang-kadang Suzee mengelap jejesan ais krim yang comot di mulut aku. Dan kadang-kadang, aku menjilat jejesan ais krim cair yang mengalir di tangannya. Sungguh comel sekali. Adakah ini cinta monyet?
Yang menariknya, padang permainan ini menyediakan kerusi cement ferro tetapi kebanyakkan telah rosak kerana gejala vandalisme oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai lelaki gentleman, aku mempelawa Suzee duduk di kerusi dan aku hanya bersila di atas rumput. Ah, bukan sebarangan punya pelan yang aku sediakan. Sambil menjilat lelehan ais krim yang cair, mata sempat mengerling ke arah Suzee. Atau lebih tepat lagi ke arah spender Suzee. Waktu itu, perangai tak berapa nak dewa sangat. Akibat terlalu bergaul dengan budak lain yang terpesong jauh, aku terikut-ikut akhlak buruk yang satu ini. Tapi tak kan kau tak pernah buat kan?
Suzee membeli 5 batang ais krim potong lagi untuk dibawa pulang. Tak puas makan katanya. Asyik kena kecek dengan aku sahaja. Dah memang ais krim tu sedap. Mana cukup 2 batang saja. Aku beli lagi 3 batang dengan wang yang aku bawa awal tadi. Aku menemani Suzee hingga ke tangga blok. Dan terus menanti dan memerhati sehingga dia sampai ke muka pintu rumahnya. Berpuas hati dengan keselamatan Suzee, aku meneruskan perjalanan ke blok aku. Aku terpaksa berlari sebab takut ais krim ini akan cair. Tak sedap makan pula. Tak elok pula kalau bagi pada Sofia nanti.
Sofia?
"Lambatnya awak beli ais krim!" Satu suara lunak menjerit dari kejauhan. Aku hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal dan berlari-lari anak ke arahnya.
"Maaf. Saya kena tahan dengan geng-geng Samsul tadi." Aku berbohong dengan lancar sambil menghulurkan sebatang ais krim kepada Sofia.
"Awak tak apa-apa ke?" Sofia yang dari tadi leka bermain pondok-pondok di parking lot motosikal segera mendekati aku untuk mengambil ais krim dan memeriksaan keadaan aku.
"Tak ada apa-apa. Bergelut sikit je. Tak luka pun. Cuma lebam sikit je." Aku menunjukkan peha yang kebiruan kerana lebam. Bukan disebabkan bergelut dengan geng-geng Samsul tetapi akibat disesah oleh ayah sebab mendapat keputusan peperiksaan yang teruk malam semalam.
"Nasib baik awak terer. Sebab tu saya suka awak." Sengih Sofia sambil membuka bungkusan ais krim dan menyuakan ke mulutnya. Aku hanya mampu tersenyum dengan gelagat Sofia. Adorable sangat-sangat. Kena bohong pun percaya sahaja.
Sofia adalah jiran aku di blok rumah pangsa kediaman aku. Kami saling mengenali sejak aku mula berpindah ke kejiranan ini. Kebetulan, Sofia duduk bersebelahan dengan rumah aku dan secara automatiknya ibu Sofia menjadi pengasuh aku ketika ibu bapa aku kerja. Aku pernah juga terdengar gurauan ibu bapa kami yang mahu menjodohkan kami bila usia menginjak dewasa. Aku tak kisah jika cita-cita mereka dikabulkan tuhan kerana Sofia memang mempunyai ciri-ciri wanita cantik suatu hari nanti. Tetapi ada satu perangai dia yang aku kurang gemar. Sejak kecil.
Sofia yang sedang berjalan menuju ke arah parking lot motorsikal, memusingkan tubuhnya ke arah aku.
"Awak tadi bergelut dengan geng-geng Samsul atau awak berdating dengan budak cina blok belakang tu?"
"Saya bergelut. Sumpah." Aku angkat tangan kanan gaya berikrar. Sofia nampak berpuas hati dengan sumpah aku tadi. Aku tarik nafas lega.
Satu perangai yang aku kurang gemar dengan Sofia ialah dia seorang stalker. Kecil-kecil lagi dah jadi stalker. Itu pasal aku pasang skandal dengan amoi bernama Suzee.

Thursday, October 16, 2008

LUBUK DUIT

Zaman sekarang ini, segalanya perlukan duit. Nak makan, kena guna duit. Nak beli itu ini, gunakan duit. Nak masuk jamban pun kena guna duit. Dan. Sebab duit inilah manusia sanggup berbuat apa sahaja. Menipu, merampok, salahguna kuasa. Macam-macam la.

Dan. Aku tahu satu lubuk duit. Itu pun kalau kamu mahu. Tak kan la buaya nak tolak kalau ada bangkai terhidang depan mata, kan?

Apa kita kalau kita sama-sama anjurkan satu majlis atau satu kejohanan.

Mana yang dikatakan lubuk duit?
Kita minta diwajibkan semuanya menghantarkan satu pasukan dan kita letakkan harga yuran pendaftaran kaw-kaw tinggi. Let's say kita minta RM300 untuk satu kejohanan.

Eh, aku tak nampak lagi la mana yang dikatakan lubuk duit?
Kan kita akan dapat ribu-ribu dari yuran pendaftaran tu. Kira dah kaya la tu. Kos pentadbiran kejohanan bukan banyak sangat pun. Setakat duit pengadilan dan hadiah sahaja. Untuk hadiah, kita jangan bagi banyak sangat. Alah, budak zaman sekarang nak kan title pemenang je. Kita bagi duit sikit dan piala pusingan. Settle-lah. Yang lain tu, kita masuk poket kita. Kita tong-tong dengan sek-sek kita. Tapi kena ingat. Biar pecah perut, jangan pecah di mulut.

Lagi pun, sekarang ni dah akhir semester. Masing-masing dah kering. Masing-masing nak cari duit. Tak kira-lah cara halal atau cara haram. Orang kalau dah terdesak, memang lain macam sikit. Aku pun sesak. Apakah....?

Thursday, October 09, 2008

AKU SKANDALISME

Jika kita hendak menyingkap kembali dalam lipatan sejarah, skandal memang sudah jadi macam kelakuan wajib untuk sesetengah pihak mencapai matlamat jahat masing-masing.

Zaman aku sekolah juga terjadi perkara-perkara skandal ini. Contohnya Cikgu Ehem-ehem yang ada "Adik-angkat" lelaki. Memang masa tu semua pelajar (lelaki) berebut-rebut nak jadi "Adik-angkat" Cikgu Ehem-ehem ni. Kaum hawa memanjang berzikirkan kata keji dan maki hamun bila tengok Cikgu Ehem-ehem ni. Berbulu.

Banyak woo kelebihan kalau jadi "Adik-angkat" cikgu ni. Boleh ikut dia keluar ke bandar naik kereta kancil dia. Kadang-kadang tu dia hantarkan balik kampung. Tapi bagi aku, part yang best bila dia selalu belanja makan.

Apa boleh buat, nasib orang tak kiut (macam aku), tak berjaya aku nak jadi salah seorang koleksi "Adik-angkat" dia.

Tapi di peringkat universiti ini, aku ingat kegiatan tak bermoral ini makin berkurangan. Almaklum la, masing-masing dah ada akal fikiran yang rasional. Belajar pun pandai-pandai. Siap dapat anugerah macam-macam. Pointer pun cun. Tapi bab akhlak, hancus.

Kalau setakat aku dengar cerita, memang aku susah nak percaya kejadian ini. Tapi nasib baik la 2 mata ori dan 2 mata artifisial aku ini menjadi saksi kejadian tak bermoral ini berlangsung. Bagi mereka, mungkin ini bukan satu tindakan yang tak bermoral. Setakat hubungan biasa pengajar-pelajar. Tapi apa kata orang lain yang melihat.

Aku tak kisah. Mungkin pendapat aku salah, tapi orang lain mengata. Orang memberi pendapat. Orang menyebarkan pendapat.

Tapi kalau bagi mereka perbuatan mereka okay dan relationship mereka memang sekadar pengajar-pelajar, just go on je la. Just tanamkan dalam hati, "Go to hell la dengan orang lain". Pegang ini sebagai pedoman.

Tapi ingat, jangan sampai terlajak pula. Nanti, tak pasal-pasal malu nak pergi farmasi sebab nak beli pregnancy test kit. Ambil langkah bijak je. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi tahu.

:p