Showing posts with label Siri Borak Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Siri Borak Jiwang. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

PENGANTINISME DAN GERSANGNISME

Seorang kawan, Bob ada menyatakan sesuatu dalam status facebooknya :

"Semangat Pengantinisme masih membara!".

Sejurus kemudian beberapa komen nakal mula dipublish. Komen nakal yang datangnya dari lelaki yang sudah berjaya berumahtangga dan lelaki yang masih gagal mencari cinta.

Si B bagi komen : "Biasanya lepas penyakit Pengantinisme, akan datang sekali dengan penyakit Gersangnisme. Hi hi."

B seorang suami dan bapa anak 1 yang berjaya dalam kerjaya.

Si A bagi komen : "Kau penah kena penyakit Gersangnisme ke B?"

A seorang pekerja dari golongan marhaen yang masih gagal mencari cinta sejati.

B membalas komen : "Tak penah. Sebab aku dapat 'JAJAN' selalunya on time. Ha ha ha!"

A terkedu. Dan balas komen dalam hati : "Cilakak lu! Gua juga yang tak dapat 'JAJAN' dalam ertikata sebenar."

Tapi dalam facebook A balas : "Kau kena susun schedule betul-betul Bob... Karang tak dapat 'JAJAN' merajuk la pulop!"

Dengan pantas B membalas komen. "Susun elok-elok, kalau jarang jumpa pastikan kau tu 'SHARPSHOOTER' beb. Ha ha ha."

Aku tempeleng juga si B ni. Dari tadi borak lucah pula. Bisu pulak kalau aku tempeleng nanti.....

Friday, April 10, 2009

SIRI BORAK JIWANG : TAKUT

"Kalau you benar-benar sayang i, you mesti ikut i.." Rengek si Angel. Sambil mengelus-elus rambut ikalku dan mengetap-ngetap bibir mongelnya. Penuh rasa goda.

"Tapi i takut," kata aku, "I takut nak ikut you.."

"You takut apa?" bentak Angel. Marah benar dengan tindakan aku.

Aku fikir-fikir kembali. Angel mempunyai rupa paras yang bisa menghentikan masa, mencairkan ais, menyihir pandangan semua makhluk yang memandangnya. Dan kini, dia di depan aku. Merayu supaya mengikutnya. Aku berbelah bahagi.

"You memang cantik, lebih cantik kalau you senyum." Aku memandang tepat ke matanya. Pandangan aku juga bisa mencairkan manusia. Manusia seperti Angel. Tapi, pada aku, Angel bukan manusia. Lebih kepada jelmaan Venus dalam bentuk manusia. Bukan dari genetik sepenuhnya manusia, aku rasa.

"Tapi," Aku kata lagi, "I takut." Dengan mata berkaca penuh pengertian.

Aku benar-benar mahu dia mengerti. Aku tidak tahu bagaimana mahu menyatakan secara verbal. Jadinya, aku gunakan lentok bahasa badan yang aku kuasai satu ketika dahulu.

Angel mula berpaling pandangan. Membelakangi aku. Aku lihat tubuhnya terhenjut-henjut. Aku pasti dia sedang menangis. Aku kenal sangat gestur tubuh begitu. Dulu, masa kami bergaduh, gestur tubuh itulah yang aku lihat. Aku kaget.

Dia berpaling semula. Aku lihat matanya mula berkaca. Berlinangan air mata. Sambil memeluk perut, dia berkata;

"Ha ha ha. You gayat eh? Ha ha ha" Dia gelak, "Lupa pulak i. Kalau i ingat you gayat, takde la i nak ajak you naik ferris wheel kat ekspo tu."

Angel gelak tak ingat dunia.

Ceh, mana aku tahu yang Angel mahu naik ferris wheel tu. Kalau aku tahu, takde masa aku nak ajak dia pergi ke ekspo.

Aku merajuk.

Saturday, April 04, 2009

SIRI BORAK JIWANG : KALAU I JADI....

Petang itu. Aku jalan bersama Angel mengelilingi tasik. Tangan kiri aku dipeluknya manakala tangan kanan aku gigih menyuap Twisties ke mulut mulus aku.

Tiba-tiba, dia yang terlentok di bahu aku, bertanya;

"You, kalau i jadi ikan, you nak jadi apa?" Dia mula menyoal soalan yang bukan-bukan.

" I nak jadi joran, sebab you buruan i" Jawab aku selamba.

""Sweet!" Dia senyum puashati, "Kalau i jadi motor?"

"I jadi Pak Dinnya"

"Kalau i jadi Ros?" Dia tanya lagi.

"I jadi Na-nya" Aku jawap sambil jilat jari yang berbaki sisa Twisties.

"Apa benda tu?"

"Kalau you jadi Ros, i jadi la Na. Kalau you jadi Ros-mah, i jadi la Na-jibnya" Aku cuba berbahasa-bahasi.

"Auw! Sweet-nya" Kata dia sambil sambung lentokkan kepala ke bahu aku. Tangan kanan aku dah tiada lagi Twisties. Yang berbaki.

Friday, April 03, 2009

SIRI BORAK JIWANG : AKU LELAKI TAPI ORANG RAGUI

Aku dan Angel jalan berdua. Tiba-tiba ada orang menyapa dengan gaya paling kurang ajar sekali.

"Woi, apa la petang-petang jalan dengan awek." Jerit Demon, "Tak jantan la tak main futsel."

Aku tak membalas. Aku hanya senyum. Senyum paling sinis perlu aku lemparkan.

Angel mula tak sedap hati. Mesti la dia tercabar kalau orang kata pakwe dia tak jantan. Hanya Angel je tau pakwe dia ni jantan atau tak.

"You, you tak marah dia ke?" Rengek Angel, "Dia cakap you tak jantan tau. Kalau i..."

Angel mengetap bibir. Menahan marah. Tapi aku pandang dia dan senyum. Senyum paling manis hari itu.

"It's ok my dear. I rasa i lebih jantan kalau bersama dengan you. Kejantanan i bukan boleh diukur dengan bermain futsel. You know how it been measure, rite?"

Dia tersenyum, "Nakal...."

SIRI BORAK JIWANG : FOR THE WEEK OF HELL


Sekadar gambar hiasan. Ini bukan Angel aku. Ini Angel Din yang punya.


I think i should spend my very last time on this campus more on the angel than a demon. They really know how to appreciate me.

She look at me and said "Dah lama tak berborak dengan daddy." Sambil tersengih menampakkan gigi putihnya. Putih macam klorok.

I looked back at her, "Why should i?"

"Takde la" Dia kata, "Saje je la nak borak-borak. Semester depan kan u dah takde."

"Oh ye ke? Jadinya u akan rindu i la nanti?" Aku cuba berterus terang. "Kalau macam tu kita jangan berborak la semester ni." Lalu aku beredar.

"Eh, wait! Why?" Dia terpinga-pinga. Semacam penuh tanda tanya yang dipikulnya.

"Nothing, i just want u to miss me like hell for another semester." Tersengih-sengih. Aku berlari-lari anak meninggalkannya. Even, aku dah besar gedabak.

"Hee... Gatal" kata Angel, tersenyum kambing. lalu lari mengejar. Dengan larian anak-anak.