Showing posts with label Golongan. Show all posts
Showing posts with label Golongan. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

DAH AKU KATA TAK MAHU

Aku paling anti dan benci kepada sesiapa yang jual produk atau servis atau apa-apa, yang menjual nama "Demi anak bangsa" atau "Untuk orang Melayu kita" atau "Tolong sesama bangsa". Lebih-lebih lagi kalau jual produk iras-iras MLM. Kalau MLM apatah lagi tahap keantiannya.

Bodoh.

Bila kita tolak secara baik, dia cakap, "Ini lah bangsa melayu, tak nak tolong orang kita sendiri". Kang bila kena cepuk mulut, cakap kita samseng. Bangang infiniti.

Ni ada sekor yang sibuk suruh join dia dalam Facebook. Dia cakap, "Kalau tak join, rugi bang!". Cakap boleh kaya cepat la, untuk bangsa kita sendiri la, pung pang pung pang. Bangang infiniti kali 10.

Baik aku kerja makan gaji, kumpul duit nak kahwin. Macam orang kebanyakkan. Tapi dalam pada itu buat plan nak buka perniagaan yang betul-betul berniaga. Bukan jual produk entah apa-apa kendian tipu kawan sendiri. Bangang infiniti kali 1,000.

Sekian.

Sunday, March 29, 2009

PASCA BERGELAP 60 MINIT DI UTARA

Di utara. Sama ada maklumat tak sampai, atau pelajar yang tidak ambil peduli. Aku tak kesah. Lagipun, lampu stadium kampus ini pun masih terang benderang sepanjang 60 minit program. Tak support langsung.

Aku : Tutup lampu! Tutup lampu! Earth hour!
Abud : Ape benda kau ni? Kenapa kena tutup lampu pula?
Aku : La...kau tak tahu ke? Earth hour la.
Abud : Ah, tak payah. Merepek je.

Duwe : Woi, sapa tutup lampu koridor ni!
Aku : Aku, aphal? Earth hour la.
Duwe : Ah, tak payah nak earth hour ni. Membazir.
Aku : Tak support langsung syal.
Duwe : Susah aku nak pi surau. Gelap. Terpijak anak ular nanti.
Aku : Time-time gini la gunanya cahaya iman kau tu.

Aku : Tutup lampu woi!
Budak 1 : Tak payah nak tutup-tutup lampu.
Aku : Kau apsal?
Budak 1 : Dakyah orang kafir je tu. Tak payah nak ikut sangat. Bla...bla...bla...
Aku : Whatever... (Dalam hati)

Aku : Bilik kau ni aku tutup lampu la eh?
Budak 2 : Panas la aben.
Aku : Woi gila! Aku tutup lampu la. Bukan tutup kipas.
Budak 2 : Oh, eh?

Aku : Bilik kau apsal tak tutup lampu? Support la sikit.
Budak 3 : Ooo...bukan automatik ke lampu tutup sendiri?
Aku : Kau ada upah orang untuk tutupkan ke?
Budak 3 : Aku ingatkan program tu dia tutup suis utama.

Ada juga yang support. Bagus la yang support. Tapi makcik kafe tak sporting langsung la. Tak nak tutup lampu sebab lilin dah habis. Tak best la alasan lilin dah habis di pasaran.

Tak support langsung. Lagipun, lampu stadium kampus ini pun masih terang benderang sepanjang 60 minit program. Aku tak kesah. Sama ada maklumat tak sampai, atau pelajar yang tidak ambil peduli. Di utara.

Monday, October 20, 2008

DEFINISI GENG BUDAK SEKOLAH

Mungkin tiada apa yang istimewa tentang mereka ini. Tapi golongan seperti ini masih lagi wujud, lebih-lebih lagi di dalam alam universiti. Geng ini biasanya wujud di kampus-kampus yang menerima kemasukkan pelajar lepasan matrikulasi.

Bukan aku nak cakap, semua pelajar lepasan matrikulasi adalah golongan geng-geng budak sekolah. Tidak. Dan bukan pula aku mahu cakap geng budak sekolah ini golongan yang jahat. Tidak. Aku tak berniat begitu. Aku sedar dengan kehadiran mereka, dapat mewarnakan satu warna baru dalam siri kehidupan di kampus.

Geng ini biasanya bergerak dalam 4 - 5 orang sekumpulan. Mereka ini biasanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai pointer yang baik. Purata 3.00 ke atas. Atau mungkin ada seorang dua yang lost. Mereka ini jenis-jenis macam anak emak la. Actually, mereka ini baik, sopan santun, berbudi bahasa, hormatkan senior, tak suka kacau orang lain, suka buat hal sendiri dan tak suka buat bising.

Apa yang menjadikan mereka ini menjadi bahan umpatan orang ialah gaya set sosial mereka ini dikatakan kurang sesuai diterapkan dalam kehidupan pelajar universiti. Iye-lah, pelajar universiti biasanya dikenali dengan pakaian yang ranggi, rambut boleh simpan panjang, mesti dah ada awek, gajet yang mahal, tak kasut pallas jazz, tak pakai beg sandang belakang dan pelbagai identiti lain.

Tapi pada geng budak sekolah ini, mereka masih lagi menerapkan nilai-nilai persekolahan diadunkan dengan nilai-nilai kehidupan universiti. Seperti kelas setiap hari, untuk setiap semester bermula jam 8.00am. Mereka juga masih lagi mengamalkan berbeg sandang belakang, berkasut hitam ala pengawas, rambut sikat tepi (minyak rambut Byrllcream atau Code 10), muka jambu (pakai bedak), pegi kelas pukul 7.00am bersama-sama geng-geng mereka dan pelbagai lagi.

Mereka juga sering kelihatan bersama-sama untuk setiap aktiviti seperti makan-makan, pergi makmal komputer, pergi kelas, pergi mandi, pergi basuh baju dan banyak aktiviti lain. Jika ada seseorang yang ketinggalan, nescaya kawan yang tertinggal itu akan merajuk.

Apa yang aku harapkan agar mereka lebih matang lagi dalam menempuhi dunia yang semakin hari semakin kejam ini.

Keep it up, dude!