Showing posts with label Gasak. Show all posts
Showing posts with label Gasak. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI - [ IKLAN ] LEBIH BAIK MATI DENGAN PRINSIP DARIPADA HIDUP MACAM PONDAN - GASAK, JUN 2012



Tajuk : Gasak
Penerbit : Sindiket Sol-Jah
Harga : RM20
Genre : Aksi
Tarikh Terbitan : Jun 2012

Pihak polis yang berkubu di hadapan pagar itu cuba meleraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh-buluh runcing dengan papan sepanduk yang menghina negara sambil ketua mereka memekik-mekik mencarut kata-kata nista seperti orang hilang akal dengan pembesar suara.

-- Benci dan Dendam di Gawang Doa oleh Rudy

Penumbuk Wajih melayang ke arah Hani. Dek sudah menyangka perkara ini akan berlaku, Hani sempat mengelak. Penumbuk Wajih terkena tubir mata Hani tetapi lebih tersasar dan mendarat di jenang pintu. Teringat kata-kata Tina, penumbuk sulung Hani mendarat pada rusuk kanan Wajih. Tertunduk-tunduk Wajih memegang rusuknya.
-- Cinta Gila oleh Ay Yusof

Dengan sekuat tenaga, dia menyauk ketiak kanan Nadira dan menghumbannya ke arah pintu. Uncle Mokhsin dan temannya yang tercegat, tidak sempat bertindak atau mengelak apabila pisau yang tergenggam kukuh di tangan kanan Nadira merodok ulu hati wanita kurus tinggi berselendang hitam. Kepala Nadira pula menghentam dinding konkrit dan suasana dirasakan kelam, lalu bertukar gelap.
-- Culik oleh Dayang Noor

He still remembered the feeling of his heart sinking and breaking in two as he saw what was left of Scarlett, a bloody half a torso, her legs half a kilometre away from the scene, her intestines making a long trail from the place she got hit, head tilted at such an impossible angle due to a snap in the neck, mouth agape trickling blood with those lifeless, glossy eyes staring back at the husband.
-- I'm Sorry oleh Tryana

Pemuda itu telah nekad benar mahu menetak batang leher menteri. Mata parang telah diangkat tinggi. Tinggal masa untuk dihayunkan sahaja ke wajahnya. Pucat bagaikan benar-benar malaikat maut telah mencabut nyawanya, menteri kegigilan dalam ketakutan. Situasi begitu membuatkan akalnya yang selama ini bijak mencipta retorik, gagal berfungsi untuk memikirkan jalan keluar bagi menyelamatkan diri.
-- Keris Hitam Bersepuh Kuning oleh Fandy Taher

Dua pihak sedang menunggu detik yang sesuai untuk bertindak. Jimmy sedang menjulang gitar. Rancangannya gitar tersebut akan dijatuhkan tepat ke atas kepala Robert. Sedang Robert pula sudah bersiap sedia dengan batang mikrofon yang akan dilibaskan ke kepala Jimmy selepas Jimmy menjatuhkan gitarnya. John memerhati dengan cemas. Harapnya tiada apa yang buruk terjadi.
-- Konserto Rock Terakhir oleh Zan Zaini

Aku tumpukan sepenuh tenaga pada penumbuk kanan lalu terus aku lepaskan betul-betul ke arah anak tekaknya dan ini terus menyebabkan mamat tadi menekup tangan ke anak tekaknya menahan keperitan. Selepas puas hati dengan kekalahan mamat tadi, aku terus tak ingat apa-apa. Aku syak, penangan but Red Wing dah mula buat otak aku mengalami konkusi.
-- Legenda Skudai Kiri oleh Fikrikacak

Dengan sekali libas, tangan kanan aku menepis muka Zen Zakaria. Lutut kiri aku maju ke dadanya. Sedetik kemudian Zen Zakaria merasa tumbukan kiri yang kuat singgah ke mukanya. Dia terpelanting. Pinggan mangkuk bertaburan di lantai restoran. Sisa-sisa makanan tumpah bersepah. Zen Zakaria terbaring di bawah meja. Mukanya berlumuran darah. Dua gigi depannya patah.
-- Liga Gusti Bawah Tanah oleh Tok Rimau

Samurai Takamura menyerang, sambil menebas-nebas dengan katana. Katsume juga menyerang, dan, serentak dengan itu dia menebas celah kelangkang Samurai Takamura – tepat – tus! Kotek Takamura jatuh mengeletek ke tanah. Katsume memungut kotek yang telah terpangkas dari tubuh musuhnya itu, lalu menggantungkan ke leher.
-- Perempuan Terakhir Penegak Panji Kesamarataan oleh Sinaganaga

Si Bagong pantas menyambar tengkuk Lang Merah dengan kaki kanannya. Sekarang situasi sudah terbalik. Si Bagong berada di atas dan Lang Merah berada di bawah. Si Bagong mengembangkan sayapnya dan berkokok sekuat hati sebelum taji kanannya yang bersarung besi tadi diseret ke leher Lang Merah. Berhamburan darah panas Lang Merah membasahi gelanggang.
-- Taji Kehidupan oleh Aman

Anak-anak buah Chang sudah dibelasah separuh mati oleh Jinggo. Ambulans sudah standby. Tunggu isyarat sahaja. Sekarang hanya tinggal Chang dan Jinggo. Melihatkan anak buahnya lunyai dibelasah Jinggo, Chang mula goyah. Terasa bahagian pinggang ke bawah sudah terpasak ke bumi. Peluh jantan mula menitik satu persatu. Ketika ini, Chang mula terbayang Cikgu Solehah dirangkul kemas oleh Jinggo.
-- Gangster Taman Mawar oleh Abrar Che Teh

Husin melontar kapaknya ke arah lelaki itu. Berpusing-pusing melayang dan terpacak tepat mata kapak di atas dahi. Darah memancut. Lelaki itu rebah ke bumi. Husin cuba keluar dari bilik itu, tetapi dihalang oleh empat lelaki bersenjata. Laksana boomerang, Husin melempar sebilah lagi kapaknya. Kapak itu berputar lalu mencantas leher keempat-empat lelaki tersebut. Kapak melayang kembali ke tangan Husin. Empat badan rebah, empat kepala bergolek.
-- Prima Jaya oleh Mat Jan

Li mengepal sekemas-kemas tangan dan menumbuk perut lawannya sekuat hati. Tanpa memberi peluang lawan bertahan, dia terus menumbuk bertubi-tubi bahagian kiri dan kanan rusuk. Li menepis tangan lawannya membuka ruang melancarkan buah pukul. Rasa sakit tulang tangan berlaga dengan tulang hidung tidak diendah. Bersepai darah memercik dari hidung dan mulut lawannya. Aripin semacam terpinga-pinga, tidak berkata apa-apa.
-- Samseng Kampung oleh Firol

Hassan menarik rambut Megat, lalu dipusingkannya. Megat tertiarap. Dengan sepantas kilat, Hassan mengilas tangan kanan Megat ke belakang sekuat hati, manakala sendi siku dipijak. PRAAKK!!! Tangan kanan Megat terkulai. Tulang-temulang bagaikan hancur. Megat merengus kasar, bagaikan lembu disembelih.
-- Sisakoin oleh Shahir Yusoff

Sumber : Sindiket Sol-Jah

Monday, December 12, 2011

MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN LEJEN PRESS - D-DAY

Sabtu lepas merupakan hari Sabtu yang agak sibuk sepanjang bulan Disember ini (base on my calender). Salah satu program yang buat aku sibuk pada Sabtu lepas ialah menghadirkan diri untuk program ini. Pelancaran 5 buku terbitan Lejen Press. Eh, apahal aku nak datang pulak? Sebenarnya aku dijemput oleh pihak Lejen Press untuk bacaan doa sempena pelancaran ini.... (krik... krik....) Ok. Ok. Bukan. Aku datang atas tiket sebagai salah seorang penulis buku HERO.

Aku sampai memang awal. Tapi ada mamat Kontrol Histeria tu pun lagi awal dari aku. Amal Hamsan pun sampai lagi awal dari aku. Aku tak kenal mereka masa sampai awal tu. Bertegur pun tidak. Sebab aku sombong. Kah kah kah. (... Krik... Krik....) Ok. Ok. Bukan. Sebab aku jenis manusia yang tak tahu nak tegur strangers. Maafkan aku.

Tentang program. Oleh kerana aku baru first time join majlis book launch, aku agak terkejut dengan kehadiran ramai sangat pemuda dan pemudi. Dulu masa majlis book launch Gangguan, aku tak dapat atas faktor logistik dan kewangan. Tapi kali ini aku datang juga. Book launch Gasak (Insyaallah) juga akan aku cuba datang. Aku jadi kaku tak tahu nak tegur sapa-sapa sebab masing-masing tengah sibuk berborak dengan kenalan masing-masing. Kerja gila nak potong depa borak, "Hai, saya Fikri. Penulis Hero. Sila beri tunjuk ajar". Kalau kau, kau rasa nak lempang tak? Nasib baik junior aku masa di Kampus Utara datang. Takde la aku mati kutu. Huhuhu. I love you, meng!

Program dimulakan dengan lantunan suara Aifaa Rizwan, penyanyi indie yang sedang meningkat naik. Tapi awas, dia makwe @_siggplus . Dikatakan @_siggplus ni samseng twitter. Orang kata. Kalau orang tu tipu aku, aku pun tipu kau la. Kalau tak nak kena troll sampai tutup akaun twitter, sila lupuskan angan-angan keji anda. (Gambar 1)

Kemudian pelancaran buku Pompang Pompang oleh penulisnya Jarr Nadjmuddean (Gambar 2). Disusuli oleh pelancaran buku Angus, Himself oleh penulisnya Haniff Hashim (Gambar 3).

Masa senggang dipenuhi dengan lantunan gesekan biola oleh anak murid Cikgu Vee, orang rumah boss Lejen Press, Aisalinglung. membawakan lagu You Raised Me Up oleh Josh Groban. Maaf, Josh tak dapat datang. Walaupun banyak sumbangnya tapi boleh dimaafkan. Maklum la, orang baru nak belajar. Okay, sedikit promo. Kalau sesiapa yang berada di sekitar Subang yang nak belajar gesek biola, boleh menghubungi Cikgu Vee dengan pesanan, "Niat kena baik. Saya ni isteri orang". He he he. (Gambar 4)

Seterusnya pelancaran buku Hero yang ditulis oleh 5 penulis yang tiada profil. He he he. Gurau je. Penulis 1 namanya Shahir. Student UPM lagi. Bagus, muda-muda dah ada buku sendiri. Penulis 2 namnya Alif aka Brader LepLep, penulis di blog sendiri dan blog terfaktab. Muka ganas tapi dalam hati atas tisu. Pilihan mak mertua. Penulis 3 namanya Bozu, penulis di blog sendiri dan blog Ayam Dan Babi. Penulis 4 namanya Lord Zara, penulis di blog sendiri dan blog terfaktab. Dan penulis 5 namanya Fikri penulis tua yang menulis di blog sendiri. (Gambar 5). Pelancaran buku Kontrol Histeria oleh penulis blog Kontrol Histeria dan pelancaran buku Heroin oleh Amal Hamsan tak ada gambar. Zara tak snap. Atau dia saja nak sabotaj. Ha ha ha.

Majlis juga diserikan persembahan oleh The Alif (Gambar 6) yang mendendangkan (Cewah..) lagu mereka yang sedap telinga aku dengar. Kalau ada album, boleh aku beli. Dan juga persembahan oleh Pretty Ugly (Gambar 7) yang sangat best melagukan lagu-lagu mereka zaman dulu. Semua lagu aku sing-a-long. Enjoy gila.

Sebelum balik, sempat makan mee goreng. Sedap. Tapi sayangnya tak dapat air kotak :(

Terima kasih kepada Deus dan Aisalinglung sebab pilih aku jadi penulis buku Hero. Walaupun aku sudah agak dah dimamah usia. Cewah. Aku rasa macam aku yang paling cerewet kot antara semua penulis. Tanya macam-macam. Sampai keputusan nama penulis Hero pun banyak kali aku tanya. Ha ha ha. Sorry la brader. Kalau tak, susah aku nak timing hidup aku. Sori bebanyak. Sebagai ganjaran awal, aku dapat 5 buku naskah Hero secara percuma. Aku sedekah dekat Penthouse Taman Cahaya sebuah dan dekat kawan yang baru dapat baby sebuah. Nak bagi cameraman aka penyokong kuat aku, Aspa, dia balik awal pula. Nanti je la.

Okay, sekarang nak fokus pada Lagenda Skudai Kiri yang akan dimuatkan dalam Gasak, antologi terbitan Sindiket Soljah. Dijangka terbit tahun depan.

Banyak la pulak aku tulis -____-

Tuesday, October 11, 2011

KAMPUNG ORANG MENDATANG

Thn 2050. Adalah disembunyikan dlm lipatan sejarah, sebuah kampung yang dibuka oleh org mendatang dan dijaga oleh pemuda bernama Iskandar.

Jika Genghis Khan mengganas di Mongolia, Iskandar pula mengganas di Skudai Kiri.

Kampung orang mendatang serba susah. Serba serbi kekurangan. Serangga pembawa vektor sudah ibarat haiwan peliharaan. Bau longkang sisa dari kedai makan berhampiran menjadi pewangi utama kawasan itu. Orang paling kaya rumahnya diperbuat dari papan-papan plywood, sedangkan penduduk biasa berdindingkan kertas kadbod yang silih bertukar setiap hari.


#Gasak , 2011