Showing posts with label Certot Opis. Show all posts
Showing posts with label Certot Opis. Show all posts

Monday, June 13, 2011

PAKCIK DULU ROCKERS BELAJAR GITAR DENGAN KID (SEARCH)

Masa lunch tadi, ingat nak tapau makan je tetapi boleh pula terserempak dengan seorang kawan. lalu buat keputusan untuk makan di kedai sahaja. Dia dengan 2 kawan sepejabatnya. Dua-dua agak berumur. Aku tak ada kawan yang berumur banyak, lalu aku diam sahaj masa kunyah sambil pasang telinga topik perbualan mereka.

Topik tengahari itu ialah kenangan silam.

Seorang brader ni cerita pasal dia dulu rockers. Bagaimana dia rebel masa muda-muda dulu.

"Dulu beli seluar jeans murah sebab nak jadi rockers. Mana taknya, nak kena alter jadi ketat. Nak pakai seluar tu, sikit punya seksa kaki nak masuk tau. Bukan seluar jenis yang getah tu, ni kain denim. Kau fikir la sendiri ketat macam mana nak jadi rockers masa tu."

"Bila dah pakai seluar ketat, matching plak dengan t-shirt Iron Maiden ke Metallica ke. Memang rockers habis. Bila rasa tak cukup rockers, koyakkan plak seluar bahagian lutut sampai terkeluor lutut tu ha. Pergh... Rockers habis..."

"Rambut plak panjang paras bahu. Tak boleh panjang sangat, nanti bapak aku potong. Ha ha ha. Kena dengan kasut Aliph hi-cut. Pergh.... Bawak gitar tong naik bas lepak seat belakang sekali. Lalu siap orang lain bagi jalan la. Macam kita ni betul-betul boyband. Bangga. Naik bas ke bandor lepak depan Komtar je. Kutu memang ramai dekat situ."

"Dekat situ la aku jumpa Kid (Search), belajar main gitar. Tapi haram tak reti main sampai sekarang. Kid (Search) waktu itu main gitar solid. Semua lagu dia reti main. Band yang tak cukup gitaris nak perform biasanya panggil Kid ni la. Bayar la sikit tapi berbaloi."

"Budak sekarang rock taik kucing. Nak beli seluar rock dah banyak jual dekat kedai. Tak thrill langsung. Kalau tak belajar main gitar dengan Kid (Search) memang tak rockers la."

Sepanjang aku lunch di area Ulu Tiram, ini merupakan lunch paling istimewa sekali.

Monday, May 30, 2011

MUSIM CUTI SEKOLAH EQUAL MUSIM MENGAWAN

Seperti yang diceritakan kepada penulis. Diadaptasi dari kisah benar. Diolah agar menjadi lebih misteri dan mudah dihadam.

Mat (Bukan nama sebenar) seorang pekerja yang bekerja pada hari Sabtu di sebuah syarikat di JB. Walaupun beliau berasal dari Sarawak, namun setakat jalan-jalan utama di JB, dia sudah handal. Darah JB seakan manjadi sebahagian dari darahnya.

Usai waktu kerja tengahari Sabtu itu, Mat terfikir untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang teman sekerjanya. Ya, selain pergi melawat dapat juga makan tengahari Nasi Beriani. Sedap tu. Air liur Sarawaknya mula kecur.

Dengan menaiki Wira Ubahsuainya yang laju, dia terus memandu ke Kota Tinggi. Wah, dalam kereta dah macam-macam lauk dah yang Mat setting untuk dia makan nanti. Daging kambing black pepper, dalca, ayam masak merah... Pergh, meletops!

Sesampai di Taman Kota Jaya, Mat mencari kawasan rumah tempat majlis berlangsung. Peta ke rumah pengantin dia cuma ingat-ingat imbasan saja. Tapi dia yakin, rumah yang dia tuju ni betul la rumah temana sepejabatnya. Dengan bau kambing blackpepper dan bubur kacang hijau durian, hati Mat yakin bahawa itu memang rumah yang dicari.

Bersalaman dengan bapa pengantin, Mat terus ambil pinggan dan ceduk nasi serta lauk. Bukan main berselera dia makan. Lepas habis makan nasi, pekena pula bubur kacang hijau. Lepas itu lengkong gula merah dan sebagai penutup, kuih bahulu yang pergh! dia punya sedap. Langsung Mat tak terfikir bahawa hari itu menjadi hari paling suwey dalam hidupnya.

Lepas perut kenyang, baru Mat terfikir. "Mana budak office yang lain?".

Kompang dipalu. Pengantin berarak masuk ke kawasan bersanding. Keadaan meriah. Budak-budak tengah kutip tol. Tipikal bagi majlis kahwin di Johor.

"Ya Allah!" Mat hampir terjerit.


**********


"Mat, dah makan belum? Makan la." Tanya Pais, teman sepejabatnya.

"Ah, kejap lagi la. Masih kenyang makan tadi." Mat membalas tenang. "Ni hadiah nak bagi pada siapa?"

Mat cuba mengelak perkara-perkara yang berkaitan tentang makan. Perut dah kenyang sangat.

"Mat, makan la.. ada Kari daging, Ayam kicap semua ni. Tau fu fa pun ada tu." Tiba-tiba bapa pengantin menepuk bahu Mat.

"Pergh, kari daging plak. Sedap tu...." Hati Mat berbisik. "Kalau aku tak makan lagi tadi, aku dah makan dah kari ni. Nyesal aku salah masuk majlis orang. Huhuhu."

Kompang dipalu. Pengantin berarak masuk ke kawasan bersanding. Keadaan meriah. Budak-budak tengah kutip tol. Tipikal bagi majlis kahwin di Johor.




Mat janji lain kali kalau nak pergi majlis kahwin orang Mat akan bawa kad jemputan sekali. Betul, Mat janji.

Friday, May 27, 2011

AKU RASA AKU ADA

Aku rasa aku ada habit yang buruk.

Aku suka jadi orang yang pertama sampai pejabat dan aku suka jadi orang terakhir keluar pejabat. Bila waktu rehat, lagi 10 minit nak tamat masa rehat aku sudah gelabah nak balik pejabat (kalau makan di luar) sedangkan kawan lain boleh rileks lagi.

Bila la nak berubah ni. Haih.

Wednesday, March 16, 2011

DAMN YOU KAK LIMAH. I JADI TAKUT TAW.

Kak Limah gertak aku. Entri last aku delete sebab menurut ugutan Kak Limah, kalau boifren lama dia baca nanti aku mati kena tembak. So, aku delete. Aku tak nak mati dulu. Tak kahwin lagi ni.

Saturday, March 05, 2011

KARMA DAN NASIB KITA

(1)
5 tahun lepas, aku suka cakap pada member perempuan dalam study group atau group kelas aku yang mereka tak mempunyai pakwe lagi sebab mereka terlalu memilih, "Kau ni memilih sangat! Sampai tua la kau takde pakwe!". Nak pakwe yang hensem (sebab nak buat bangga ketika dating dalam kampus), pakwe yang ada kereta, nak pakwe yang putih, nak pakwe yang tinggi, nak pakwe yang kurus. Senang kata ciri-ciri pakwe perfect la. Dorang cuma cebikkan muka bila aku kata begitu sambil gelakkan mereka.

5 tahun kemudian, benda yang sama terjadi pada aku pula. People keep telling me what i tell people last time.

Karma is a bitch yo!

(2)
Pernah ada orang mengeluh pada aku kalau aku cakap, "Jangan la tahu buat kerja dalam 1 bidang je walaupun jawatan kau kecil."

"Ala bang.... Saya ni kerani cabuk je."

Bila aku ckp aku tahu buat kerja bukan setakat akaun malah kerja kerja yang mudah bagi seorang technician komputer seperti betulkan network printer, printer tak function properly etc, dia kata aku berlagak, "Mentang-mentang la abang belajar tinggi, saya ni kerani cabuk je. Belajar pun tak tinggi."

Bagi aku, biar la kalau jawatan kita rendah sekalipun. Kalau kita tak belajar tinggi sekalipun. Memang susah nak jawat position yang tinggi dengan kelulusan yang rendah. Tapi kalau kau ada kelebihan yang lebih dari kerani-kerani yang lain, itu dah bagi kau 1 point lebih dari kerani-kerani yang lain. Bukannya buat kerja yang sama tiap-tiap hari sambil meratapi nasib, "Saya cuma kerani cabuk je".

Thats very annoying.

Sunday, February 27, 2011

BUKAN DIORANG DAPAT RASA PUN

Dulu. Ini dulu punya cerita lah. Cerita lepas-lepas aku diploma dulu. Mentah lagi dalam dunia orang dewasa. Waktu tu memang rasa diri ni muda sangat la. Ye lah, orang baru lepas habis belajar diploma. Muda lagi dalam umur 21 tahun. Workplace pula orang dalam lingkungan 27 - 63 tahun. Memang agak sukar la nak sesuaikan diri. Dari pelbagai sudut. Serba serbi kena biasakan diri. Lebih-lebih lagi dengan seorang akak yang agak hyper-aktif dan budget hot. Biasa suka pakai kebaya ketat ala-ala pramugari MAS. Corak batik pun sama. Aku suspek dia beli baju tu dekat bundle. Lepas itu claim dia tu ex-pramugari. LOL.

Ada satu kejadian tu, pagi sebelum masuk kerja. Dia datang naik motor dengan laki dia. Pernah juga aku tanya kenapa dia laki bini naik motor sedangkan ada kereta yang agak selesa. Dia cakap kalau naik motor lebih romantik. Boleh main pegang-pegang "telur". Waktu tu aku buat-buat tak faham je tapi boleh tahan merah telinga aku tahan malu. Tapi bila dah dewasa sikit ni, baru la aku terfikir, kalau naik kereta rasanya bukan takat boleh main pegang-pegang "telur", nak beromen seround pun lepas kot. Apa la punya naif aku masa itu. Ok, dah tersimpang jauh pula.

Masa dia turun motor, pakai pula kebaya ketat kain belah tepi, terselak juga sampai nampak spender. Kalau peha tu putih gebu boleh la tahan sedap mata memandang. Tapi kalau dah tahap kucing tengok pun boleh muntah, toksah la kome nak jadi bahan masuk toilet.

Bila masuk pejabat, diam-diam aku tanya la akak tu. Maklum la, orang muda ni banyak sangat benda yang aku tak tahu.

"Kak, masa akak turun motor pagi tadi, akak tak rasa kain terselak sampai nampak seluar dalam ke?"

Dengan selamba akak tu jawap,

"Alah dik, diorang tu takat nampak je. Bukan dapat rasa pun." *Sambil sengih-sengih*

Aku yang dengar pun boleh jadi malu. Dia yang cakap macam tu boleh gelakkan aku je.

Cilakak.

Monday, February 21, 2011

BUAH

Ketika aku sedang menyediakan rojak buah untuk pelanggan dalam satu karnival sukan yang diadakan di ibu pejabat, datang sepasang suami isteri untuk mengorder 2 mangkuk rojak.

Suami : Dik, rojak buah dua.
Isteri : Bang, nak makan kat sini ke dekat rumah.
Suami : Dekat sini la. Kalau dekat rumah, makan buah lain.
Isteri : Jahat >_<"

Gangguan seksual betul.

Tuesday, December 28, 2010

DAH AKHIR TAHUN DAH

First time kerja di syarikat yang agak besar walaupun sebenarnya aku digaji untuk mengendalikan subsidiarinya sahaja. Walaupun hanya subsidiari sahaja namun segala kehendak dari holding aku kena ikut.

Corporate dateline, audit requirement, corporate requirement, report itu, report ini.

Lebih-lebih lagi bila nak tutup akaun akhir tahun macam sekarang ni. Tergolek-golek jugak nak kena buat semua. Banyak sangat benda baru yang nak kena belajar sampai tak ter-catch up.

Oh, tak dapat la aku update entri selalu. Eh, macam la aku selalu update. Hehehe.

Oh, aku harap semua cepat-cepat habis. Ini bukan rungutan hokay!

Saturday, December 04, 2010

2 MINGGU TANPA KHABAR :)

Lama dah rasanya tak menulis. Dah berhabuk rasanya otak ni.

Ok, kita mula. Baca sekali nafas. Kalau terer. Mesti tak terer kan? Takpe, still boleh baca lagi.

1) Aku dah mula kerja baru. Pejabat di Ulu Tiram. Ulang alik dah naik kereta dah. Hujan ke panas ke ribut ke petir ke, dah kurang risau dah. Dah tak kena singgah stesen minyak tumpang berteduh. Environment kerja pun selesa. Style kerja pun banyak berubah. Pejabat ramai awek. Itu yang penting sebenarnya. Ha ha ha. Office ada internet tapi kena blocked. Biasa la, company besar. Tiap-tiap bulan dapat baucer KFC/Pizza Hut/Rasamas/Ayamas RM20. Sabtu kena kerja :( Apa harapan aku bekerja di sini? Dapat makwe la. Ha ha ha.

2) Final draft pusaka dah hantar pada penyelaras, Toqreemaow. Macam-macam feedback aku dapat bila minta kawan-kawan baca. Ada yang postif, ada yang negatif. Aku kerap mengubah cerita. Tapi final draft cuma Toqreemaow je yang tahu. He he he.

3) Bila dah hari Sabtu kena kerja, banyak ativiti mingguan tertangguh. Nak berjalan gerak pagi Sabtu semua kena tunda ke tengahari. tapi tak mengapa lah. Kerja dah seronok. Gaji juga agak lumayan. Alhamdulillah. Tak dapat kaya, dapat selesa sikit dalam sektor kewanganbulanan pun jadilah. Boleh beli kereta dan simpan duit untuk kahwin. Ihiks.

4) Hobi aku pun dah kena selaraskan semula. Hobi download series drama dah kena buat waktu malam hari kerja dan hujung minggu sahaja dengan menggunakan streamyx rumah yang super kura-kura. Rindu pula dekat line internet pejabat lama :( Tapi tak mengapa lah. Banyak yang baik jadi di pejabat baru :)

5) Gaji naik bermakna tanggungjawab pun bertambah. Nak kena bagi emak lebih sikit, nak kena bayar PTPTN (Semalam dah dapat surat suruh bayar bayaran tertunggak :( dah), nak saving banyak, beli buku bacaan yang tak jadi beli sebab duit tak cukup dulu dan yang penting aktiviti berseronok tetap maintain. Oh ya, kali ini Insya-Allah portion untuk makcik aku (bayar zakat) dan derma masjid secara konsisten. Insya-Allah. Semoga niat aku tetap.

Rasanya dah cover semua cerita aku yang hambar dalam 2 minggu kebelakangan ini kot. Tak seronok kan?

Rasanya malam ini nak try tulis entry bagi sedap dan gila sikit la. bagi meriah sikit. Biar orang baca entry aku dan tersenyum. Aku suka tengok orang senyum. Lagi suka kalau yang senyum tu awek. ihik.

Eh, apa aku mengarut ni!

Sunday, November 28, 2010

BERSABAR YANG BERBALOI-BALOI

Dulu. Pernah terdetik dalam hati aku. Semasa aku mula-mula begitu agresif dalam bidang perakaunan. Terdetik dalam hati aku, "Alangkah seronok kalau aku dapat handle akaun company yang baru buka. Tiada outstanding work. Semuanya atas aku sendiri!"

Dulu. Aku sebut dalam hati aja. Yang mendengarnya cuma aku dan Allah aja.

Selepas melalui beberapa fasa lemau dalam bekerja, hasil terus bersabar, berdoa dan berusaha, Alhamdulillah, Allah memperkenankan doa aku.

Syukur.

Selepas hampir setahun bergelumang dalam fasa pekerjaan yang agak lemau, akhirnya aku berjaya melayakkan diri ke sebuah syarikat yang kecil saja tapi berbaloi dengan kerja yang aku rasa bisa buat otak aku kembali cerdas berfikir.

Aktiviti untuk pekerja yang dianjurkan oeh syarikat tersebut juga bagus.

Kena ambil peluang ini untuk jaga kesihatan dan jaga badan :p

Kepada sesiapa yang baca, jika anda ada impian yang belum tercapai, teruskan bermimpi dan berdoa. Selagi kita terus mengimpikan apa yang kita kehendaki, Insya-Allah akan tercapai :)

Thursday, November 11, 2010

PATUT LA U MAKIN GEMOK

Sudah lewat petang, baru 2 wanita auditor pulang ke pejabat dengan mengeluh-ngeluh penat dan banyak kerja. Seorang wanita jambu seorang lagi wanita konon jambu. Mengusung beg plastik dan beg berisi dokumen. Masuk ke pejabat terus buka cerita. Maklum la, seharian di pejabat client menyebabkan mereka terpaksa bermuka plastik. Senyum sampai muka cramp.

"Penatnya i hari ni" Wanita konon jambu bersuara, "Dah la nak kena siapkan hari ini juga." Sambungnya lagi sambil menjeling ke arah jam dinding. Sesekali mengusapkan perut 38" miliknya tanda kelaparan.

"U beli apa?" Ibu Mengandung menyapa dari belakang. Dengan perut yang berbosong-bosong, dia bersusah payah berjalan ke hadapan pejabat.

"Tadi client belanja lunch. We allz makan dekat Secret Recipe." Kata Wanita konon jambu, "I apa lagi, terus la order chocolate indulgence. Tapau. Saja nak kasi manager dia tu bankrup."

Ibu Mengandung menyelak-nyelak plastik. Dengan muka penuh keibuan, dia terus men"sound" Wanita konon jambu.

"Haiya, sudah sebulan u tak makan lunch, hari ini u makan coklat manyak-manyak." Ibu Mengandung masih lagi selak plastik Secret Recipe, "Ini yang buat u makin gemuk!"

Wanita konon jambu terus duduk di mejanya dan humming lagu Inshaallah dengan penuh makna. Ibu Mengandung terus duduk sebelah dan mencolet krim kek keju. Anak dah mengidam la tu.

CUTI

Ni sejak-sejak hari semalam, aku ke pejabat dengan hati senang dan senyum memanjang. Walaupun tak dapat counter offer, pun tak mengapa la.

Dalam pada itu aku kira-kira semua OT convert cuti aku yang dulu-dulu. Aku tolak dengan cuti-cuti yang aku dah ambil. Tambah lagi dengan cuti tahunan yang lapan hari tu.

21 hari.

Aku tak tahu nak buat apa dengan cuti banyak ini dan tempoh kerja yang tak sampai sebulan. Kalau ikut otak bisnes aku, aku nak buat ;

(1) Jual harga setara dengan officemate;

(2) Biar kampeni convert jadikan duit; atau

(3) Jual dekat mudah.my.

Okeh, idea yang ke-3 tu memang macam stupid.

Next week dah mula boleh berpoya-poya dah. Rasanya ambil cuti 2 minggu then siapkan 2,3 buah manuskrip pun cara juga.

Ha ha ha.

Tuesday, November 09, 2010

BELUM LAGI

Tengah giat cari lubang untuk kembangkan karier. Apa yang bagi peluang, aku sambar. Walaupun jauh sampai tak terjangkau dek akal aku. Kerja di Tangerang, Jakarta, Indonesia misalnya.

Bila hak privasi (komputer kena pindah ke meja lain, printer ditukar dengan yang dah rosak, meja baru jauh dari pekerja lain) di pejabat dicerobohi, aku lebih gemar diam diri dan lancarkan perang saraf. Tak buat kerja dan sentiasa bermain internet, misalnya.

Tapi masalahnya, macam mana prosedur nak letak surat tender ni? Takkan nak koboi macam tu je. Cabut selamba then ucap bye-bye dalam facebook? Gila lahanat idea.

Friday, October 29, 2010

MESIN MASA

Duduk di ofis ini macam duduk dalam mesin masa.

"Eh, you tau tak Indonesia kena tsunami? Gunung berapi dia pun nak meletop! Dah gunung berapi dia tu yang top 10 paling tua!" <--- Berita minggu lepas.

"Eh, you tau tak aritu Negeri Sembilan menang lawan bola dengan Johor FC. Piala bla bla bla...." <---Berita minggu lepas.

Gua harap Doraemon dapat ambil tindakan untuk bertanggungjawap pada mesin masa dia dalam ofis ini.

Gua agak minggu depan diorang mesti borak pasal FFM.

Friday, October 22, 2010

SILAP KECIL-KECIL APA ADA HAL

"You jalan sangat sunyi. I tak perasan you lalu."

"Hey, hujan sangat berat la. Takkan you nak balik jugak?"



Kira halal je la. Asalkan aku faham. Duduk office 1Malaysia ni kena lebih kurang dengan member-member.

Wednesday, August 04, 2010

MEREKA SUDAH MULA SAKIT OTAK

Aku rasa berakhir susah bulan overtime aku untuk waktu ini. Dah boleh balik awal. Mungkin di pejabat hanya tinggal 2,3 staf sahaja yang perlu balik lambat untuk siap-siapkan kerja-kerja akhir sebelum semuanya benar-benar berakhir. Ada juga staf yang sudah mula bercuti. Ada juga yang rancang untuk cuti minggu depan.

Petang itu, aku pulang awal.

Sambil menyeret jaket aku di atas lantai (lantai ofis aku berkarpet) dan berpura-pura macam letih sangat-sangat, aku melintasi kubikel-kubikel staf yang belum balik lagi.

"Eh, awalnya dah bawa hadiah?" tegur Staf 1.

"Hadiah?" Tanya aku, "Hadiah apa?"

"Tuuu...." Jawap Staf 1 sambil menjuihkan bibir ke arah jaket yang aku heret.

Aku jadi bingung. Besar betul impak bulan sibuk bulan lepas, makan saraf juga.

"Krismas lama lagi. Kau dah bawa hadiah nak bagi orang." Kata Staf 1 ter"kui-kui" di kubikelnya.

Budak praktikal belakang kubikel cakap, "Ha'ah la, baru perasan!"

Cilakak depa ni. Ada yang aku sumbat dengan jaket aku ni karang. Kau ingat santa klaus. Esok-esok, pulih la kot sakit otak depa ni.

Aku senyum kelat sambil lambai bye-bye double meaning.

Tuesday, July 27, 2010

HOW HIGH?

When you ask me to jump, i definitely won't ask back, "How high?". I'm thinking of new answer.

"Fuck you!"

Twice.

How sweet it is...

Thursday, November 12, 2009

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

Sejak akhir-akhir ini minat aku terjurus pada satu. Muzik. Jenis lagu yang kena "tarik" tinggi. Mencabar tekak tu. Kalau tak minum air asam jawa lepas nyanyi memang tak sah. Tapi apa boleh buat, dah minat.

Tak kira waktu aku nyanyi. Dalam toilet. Tengah beratur nak ambil lauk. Tengah cari dokumen yang hilang. Kadang-kadang tu tengah ber"facebook" pun boleh nyanyi. Budak opis dah pandang slack je.

Lagi satu. Dek perjalanan pergi opis mengambil masa yang agak lama, nyanyi adalah opsyen terbaik menghilangkan boring. Lantak pi la orang tengok aku "tarik feel" lagu Isabella sampai tutup-tutup mata. Yang penting aku tak boring pergi kerja.

Sampai la suatu ketika, aku berubah ke minat yang lain.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari opis, aku try nak "tarik" lagu Isabella macam biasa. Sampai satu selekoh nak turun bukit tu, makin galak aku tarik lagu. Motor pun dah masuk 150km/j dah. Seronok. Ye-lah, angin berderu-deru ke muka. Macam video klip lagu rock.

"Diaaaaa...... Isabelll.......aaaaaaaaaap.....ptuih!"

Dan petang itu juga aku berhenti tepi jalan buat pertama kalinya untuk menikmati rancangan makanan tambahan : Kumbang Tanduk. Macam takde mulut lain dia nak masuk.

Saturday, November 07, 2009

KALAU DAH SEDAP, TAK KEMANA-NYA DIA

Cheng Ho masuk opis dan bising-bising. Entah apa di"cot-cet-cot-cet"kan dengan Jessie. Kendiannya, aku tanya,

"You aphal ni bising-bising ni?" Aku cuba ber"I-you-i-you" dalam berinteraksi.

"Itu toilet haaa.... Bau petai kuat hooo.... Manyakkkkk busuk hooooo...." Komplen si Cheng Ho.

"Oooooo...." Aku tak bagi banyak respons. Cukup la begitu.

.
.
.
.
.
.
BLURPPpps!

"Pergh!", Aku korek-korek celah gigi. "Petai mak aku masak semalam masih terasa di celah tembolokku siot!" Aku kata lagi. Dalam hati.

Ops!

Thursday, November 05, 2009

1MALAYSIA DARI RUANG KECIL KUBIKEL.

Depan aku,
“Cot cet cot cet cot cet?”
“Cet cot cet cot cet cot”
Foo dan Jessie berborak bagai nak rak. Berdekah-dekah tawanya.

Kanan aku,
“Dela ye la dela ye la?”
“Ye la dela ye la dela.”
Rancak Vidya dan Anandh berborak. Kongsi pengalaman Deepavali tempoh hari barang kali.

Aku di ruang sempit kubikel,
memicit-micit telefon bimbit,
“U dah makan?” Send.
“I tak sempat makan lagi. Keje banyak. Huhuhu.” Reply.
Aku dan Laling saling bertanya khabar, berkongsi hati, menyulam kasih.

Oh! Sangat 1Malaysia sungguh opis aku.