Tuesday, September 23, 2008

MADU DAN RACUN

Kalau aku mendefinisikan maksud madu dan racun dalam erti kata bahasa melayu standard, lebih baik korang buka kamus dewan (kalau takde, pinjam member atau guna Besta).

Tapi apa maksud madu dan racun dalam erti kata bahasa melayu tersirat. Yang mana kita terpaksa gunakan sikit otak kanan untuk berfungsi.

Madu yang mana kita tahu adalah sesuatu yang manis. So, selepas berpenat lelah (macam lebah angkut madu), madu itu akan jadi lebih manis dari biasa. Maksudnya, jika sesuatu itu kita dapati dengan hasil penat lelah tak ternilai kita sendiri, hasilnya akan menjadi lebih manis dari hasil yang kita dapati dengan mudah.

Entah apa aku mengarutkan ni.

Jika sekarang kita sedang menikmati keindahan dan keselesaan, jangan sesekali kita lupa implikasinya. Contohnya orang bercinta. Kalau orang bercinta ni, memang konfem apa yang orang lain kata itu bohong. Yang betul dalam dunia ini cuma mereka berdua saja. Nasihat sampai kering air liur pun belum tentu didengarinya. Ya, di situ-lah terletaknya kemanisan MADU yang aku katakan tadi. Yang aku mahu ceritakan sebenarnya.

Tapi mana datangnya RACUN dalam cerita ini pula?

RACUNnya bila datang orang ketiga yang mana identitinya selama ini adalah samar-samar. RACUNnya mula ampuh bila kata-kata orang yang dulu diangkat bohong sudah nampak benarnya. MADU manis yang ditatang, RACUN berbisa yang disiram.

Kalau ada yang tak paham tu, tak pa la. Aku pun bukan paham sangat pun.

Perkara yang aku ingin sangat tekankan di sini ialah aku tak pernah nak jealous orang lain bercinta. Hang nak bercinta, lantak pi la. Ikut suka hangpa la. Jangan ada kena mengena dengan hidup aku, sudah la. Tapi berpada-pada la juga. Hidup ini bukan takat ada hangpa ja. Pikir juga orang lain. Kalau hangpa gaduh ka apa ka, jangan pula libat kat orang lain.

Kasihan sikit kat orang yang takde kena mengena dalam kisah cinta busuk hangpa tu.

Ptuih! Cinabeng!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku