Sunday, February 22, 2009

SEBUAH PUISI AKHIRAN "it" YANG MEMBENCI CUPID

Kau sumpit,
Lalu terbang merempit,
Aku pula perit,
Sakit yang sempit,
Murung dan terhimpit.

Celaka kamu kenit!
Kenapa kamu yang dapat merit?
Aku yang susah-susah kenyit,
Kadang melompat macam monyit,
Tapi kamu yang naik toncit.

Biar aku tiup trompit,
Biar satu dunia menjerit,
Nanti mereka tanya, "Hey, ape cerit?"
Masa itu nanti jangan kau terkencit-kencit,
Bila mereka datang hendak mencubit.

Ha ha ha ha

Saturday, February 21, 2009

EVEN BLACK HAVE LUST

Mungkin tak semua yang tahu. Ada beberapa perkara yang terjadi di sekeliling kita yang kita tidak peduli sangat pun. Sebab tidak kena mengena dengan kita.

Di kampus, ini mungkin juga di kampus lain yang menerima pelajar-pelajar luar negara. Semesti terdapat gejala-gejala sosial yang aneh-aneh. Cuba menerapkan budaya mereka di dalam komuniti kita. Menjadikan perkara mazmumah sebagai rutin harian. Mungkin bukan semua, tapi yang sedikit itu-lah yang patut kita buka mata untuk menjaga komuniti kita.

Nigger atau black man atau awang hitam. Aku rasa mereka ini adalah orang yang baik-baik. Maaf, aku tidak mengamalkan dasar apartheid. Jadi aku tidak kesah sangat jika mereka berada di dalam komuniti kita. Mereka juga manusia, apa salahnya kita berkongsi dunia.

Tapi yang membuatkan aku panas hati tentang mereka ini, bukan semua dari mereka, cuma mereka yang terlalu terikut-ikut budaya Amerika, ialah mereka menganggap wanita Malaysia ini terutama mereka yang berada di peringkat pengajian tinggi adalah umpama mangsa yang mudah terperangkap dengan wang.

Bagi mereka, cuma taburkan wang dan sedikit janji manis, sudah boleh bersenggama. Mudah!

Ketika aku sedang mengorder "daging kapit roti", datang beberapa orang Niger berborak-borak tentang kejayaan mereka.

Nigger 1 : " Hey man, i got a girl. She said she from Johor. I think i can nail her. Hak hak hak."
Nigger 2 : " You think only you ah. Me too man. I got chinese girl. From KL. Last week we go to Langkawi. You should know what we doing."
Nigger 1 : " You're dirty, man. Hak hak hak. You give her numbers, i give you mine."
Nigger 2 : " Alright. I will nail her before you do so. Hak hak hak"

Aku rasa memang matlamat dorang nak bersenggama dengan wanita Malaysia (Baca: termasuk melayu, cina, india). Sebab itu mereka datang ke sini dengan tiket sebagai pelajar. Mind setting mereka mengatakan jika mereka ke sini, paling kurang pun mereka boleh bersenggama dengan 10 orang wanita. Agaknya.

Ada satu kejadian di mana di ceritakan sendiri oleh seorang pengusaha kereta sewa. Dia terjumpa kondom yang masih lagi "basah" di bawah tempat duduk pemandu ketika sedang mengemas kereta. Kereta itu disewa semalaman oleh seorang Nigger dan seorang wanita cina. Katanya nak ke Pulau Pinang. Memandangkan keadaan kondom yang masih lagi "basah", rasanya Niger itu berjaya kot.

Persoalannya;

Adakah wanita kita ini memang mudah dipermainkan samada oleh Nigger, Kasanova Lombok atau dengan lelaki Malaysia sendiri. Begitu murahkan taraf cinta mereka?

Atau;

Adakah lelaki Malaysia tidak cukup romantik, "power", atau banyak duit? Nak cakap tak "power" tak boleh juga. Sebab towkey-towkey minyak lintah dan tongkat ali dah berlambak dah sekarang ini.

Atau;

Nigger atau kasanova Lombok ini tidak memilih sangat mangsanya. Muka letak tepi. Fizikal belakang kira. Yang penting free-hair dan turut kata.

Aku pun pening. Kalau macam ini la kejadiannya, 30 hari memang tak cukup. Dan aku punya alasan kenapa aku belum punya awek lagi.

BAGAIMANA KITA NAK TAHU YANG KITA INI SUDAH LAMA MENJADI PELAJAR?

Kita kadang-kadang tak sedar yang umur kita semakin bertambah. Lebih-lebih lagi jika korang menjadi pelajar. Bersosial dengan mereka yang jauh lebih muda dari anda langsung tidak terasa umur bertambah. Berkurang ada la.

Tapi ada beberapa simptom yang korang kena alert. Simptom yang menunjukkan bahawa korang tu sebenarnya dah lama kat kawasan kampus. Bak kata orang "Kubur kata mari, Rumah kata pergi". Eh, betul ke?

1. Bila korang pergi ke mana-mana sahaja dan korang akan dapati ramai gile yang bertegur sapa dengan anda. Selang satu langkah, kena salam satu orang. Kalau 5 langkah? Kalau 100 langkah?

Contoh: Tapak ekspo. Orang berasak-asak dan korang berjalan dengan set sosial muda selepas set sosial sebaya yang lain tamat belajar. Pasti akan ada orang tegur anda sepanjang perjalanan ke tapak ekspo. Kalau tak tegur sapa, orang akan kata kita sombong. Alahai...

2. Bila tandatangan kertas kehadiran kuliah, korang akan dapati nama korang berada di atas senarai dalam senarai ahli kelas. Nombor matriks 5 angka pula tu. Hal ini akan jelas bila korang mengulang subjek atau membaiki subjek.

3. Bila pensyarah akan selalu menyebut nama korang untuk jadi sukarela menjawab soalan atau bertanyakan pendapat. Lebih-lebih lagi bila korang dah beberapa kali ambil subjek itu. Atau pensyarah itu sudah mengajar anda beberapa kali. Bukan sebab dia hendak kenakan korang tapi sebab dia dah kenal dengan kamu. Faham?

4. Bila waktu malam korang sudah tiada lagi hala tuju. Lebih tenang duduk di dalam bilik sambil menonton movie. Makan malam pun kirim pada orang. Atau beli dengan brader nasi lemak (bukan Ken atau Daniel) yang rajin jual nasi lemak bilik ke bilik. Nak hu-ha-hu-ha macam mana, geng yang se-frekuensi sudah habis belajar. Nak burau senda dengan geng junior, takut kalau tak masuk kepala pula.

5. Bila ada junior-junior yang kita kenal mula bertanyakan soalan subjek semester 3 atau 4 dan anda hanya dapat menjawap, "Ha....lupa la. Dah LAMA ambil subjek ini dulu".

6. Bila set sosial baru korang menyebut nama subjek dengan "KAM", "KAF" atau "KAS" dan korang masih lagi menyebut "FALAN", "AIS" atau "MALAN". Zaman dah berubah, bang. Get use to it. Mereka dah makin malas menyebut nama-nama subjek yang panjang-panjang.

Wednesday, February 18, 2009

MINGGU KAWAN JADI TUA. SEMAKIN TUA.

Hari ini pula hari lahir kawan yang kita kenal.

Tak semua kenal dia tapi yang penting aku kenal dia. Siapa boleh lupa dengan dia yang mendapat gelaran "Hajah" dalam usia yang muda?

Apa lagi, luahkan ucapan hari lahir kepadanya. Jangan lupa luahkan perasaan cinta padanya, sebab dia belum mahu kahwin. Ha... Sudah jatuh cinta? Hak Hak Hak

Mahu tips beri hadiah padanya? Jangan beri unta sebab dia sudah saban tahun menunggangnya, jangan beri barang berimejkan zirafah sebab akan ada orang jeles dengannya, jangan beri burung sebab dia sudah punyai seekor "Kenari" dan yang penting jangan beri dia kejutan, maklum la orang tua, takut sakit jantung pula.

Dah tu nak bagi apa ek?

If possible, bagi la dia hadiah yang runcit-runcit je macam bagi pensel "Shaker" ke, pemadam Faber Castell ke, pembaris kayu ke, tak pun paling koman bagi paper clip.

Tatkala dia hembuskan api lilin lantas mengemukakan wish, kamu tahu apa dia mohon? Mungkin dia mohon supaya Umar Haiyat cepat kembali ke Malaysia kot.

Ini spekulasi, jangan percaya! Cuma imaginasi liar aku saja. Hak hak hak

HAPPY BIRTHDAY ILYA KE 26, jangan marah-marah okay? :p

BIRTHDAY KAWAN KITA

Semalam birthday kawan yang kita suka.

Kawan yang kena nyanyi 3 tahun lepas masa dalam kelas.

Lagu apa? Lagu "anak itik tok wi".

Pernah dengar?

Tak pernah dengar pun tak pe, ada videonya. Minta pada Mufler sebab dia yang upload dalam YouTube 3 tahun lepas. Pastu tak ngaku.

Ha.... Jangan lupa wish pada dia tau. Lambat pun tak pe. Kalau setakat wish tapi tak hulur hadiah, apa barang, kan? Hulur la sikit. Tapi jangan hadiahkan stokin pula. Sebab itu hadiah yang dia dapat dari awek dia tahun lepas.

Bagi la VCD filem "Rempit" ke, stokin panjang kaler oren ke, helmet Arai yang ada visor ke, LED henset ke. Torchlight pun okay. Tak pun paling koman pun bagi la kalkulator saintifik sebab kalkulator dia kena curi. Suspeknya, seorang lecturer.

HAPPY BIRTHDAY MUAZ KE 25.

RAJA

Jika Malaysia sedang sibuk mencari Raja Lawak yang baru,

Kami pula sudah ada Raja "Kencing".

Hahaha.... Siapa paling kuat "kencing" orang?

Tuesday, February 17, 2009

DESTINASI ITU

Aku sudah penat,
Jalan ke kiri, jalan ke kanan,
Jengah ke belakang, toleh ke depan,
Aku makin lelah,
Aku kian tenat.

Segera loceng segera berdenting!

Seorang masih aku di sini,
Berkira-kira lagi menanti atau pergi,

Tapi hati ini masih terjentik,
Untuk menerobos alam yang itu,
Alam yang patut aku diami,
Alam yang cuba aku hindari.

Belum ada yang mahu, bisik aku.
Keseorangan.
Solo.
Sepi.

Aku hindari lagi.
Untuk kesekian kali.

Monday, February 16, 2009

MOTIVASI SI ROTI BASI

Pagi-pagi lagi, seperti biasa, Komander dah suruh kami berdiri sepanjang kelas untuk beranjakan paradigma, belajar sambil berdiri.

Lepas pagi-pagi, masuk kelas tanpa persediaan sebarang bahan bacaan, langsung tak dapat belajar apa-apa. Tapi aku belajar sesuatu. dari pemerhatian untuk dua (2) kelas yang aku hadiri pagi ini.

Tentang 2 jenis motivasi.

1. Motivasi melalui kutukan, sumpah seranah, dan gelak jahat.
2. Motivasi melalui nasihat dan pengalaman.

I wonder, which one could change me?

Erm.....

Saturday, February 14, 2009

30 HARI MENCARI CINTA

Secara simboliknya, hari ini merupakan hari memperingati kekasih.

Macam mana nak peringati kekasih kalau tak ada kekasih, kan?

Oleh itu, seorang rakan, Duwe telah mengisytiharkan bahawa hari ini merupakan dari pertama (1st) dalam tempoh 30 hari mencari. Untuk aku? Apahal pula aku?

Hari pertama bermula....

SAPY! GO! - GENG : PENGEMBARAAN BERMULA



Hari ini saya berkesempatan untuk menonton filem animasi 3D pertama keluaran Malaysia, iaitu "Geng : Pengembaraan Bermula". Setelah berjaya mencuri sedikit masa untuk menyusun semula jadual akademik saya, saya langsung tidak melepaskan peluang pelawaan seorang rakan.

Secara keseluruhannya, animasi ini masih lagi jauh tahapnya jika kita bandingkan dengan produk-produk keluaran negara-negara barat. Tetapi tidak adil untuk mereka kerana mereka hanya menggunakan kepakaran tempatan yang rata-rata dari kru produksi mereka adalah dari mereka yang baru tamat pengajian dan masih mentah dengan produksi filem animasi.

Jalan cerita filem ini mungkin tidak terlalu berat dan setiap babak sudah boleh diteka oleh penonton tetapi elemen humor tetap diselitkan dengan telatah watak-watak dari siri kartun "Upin & Ipin" seperti Upin, Ipin, kak Ros, Opah, Tok Dalang dan Rajoo. Saya rasa mereka inilah yang menjadikan cerita ini hidup. Malah jika ditiadakan watak Badrul dan Lim juga, cerita ini boleh berdiri dengan sendiri. Mungkin sebagai perisa tambahan dan ingin membezakan filem ini dengan siri kartun "Upin & Ipin".

Humor yang diketengahkan dalam filem ini juga lebih bersifat "Kemalaysiaan" kerana ia bagaikan bahasa yang biasa digunakan di kalangan orang Malaysia. Ada juga humor yang diguna-semula dari siri kartun "Upin & Ipin". Tidak perlu rasanya saya beritahu antara humor-humornya kerana jika tidak digandingkan bahasa tubuh watak, ia tidak akan menjadi. Lawak-lawak tanpa suara (oleh watak) juga banyak diselitkan seperti gelagat ayam, angsa, beruk naik motor dan pelbagai lagi. Sesekali terhibur juga dengan lawak tanpa suara ini.

Elemen mistik yang diketengahkan juga kelihatan seperti tidak bermaya dan terlalu kartun. Mungkin imaginasi animator-animator kita masih belum liar. Walaupun kelihatan seperti tidak logik, memang patut pun tidak logik kerana bagi saya, di dalam medium animasi seperti inilah elemen mistik perlu lebih mistik dan lebih tidak logik. Saya harap jika ada filem yang melibatkan raksasa, ia perlu kelihatan seperti raksasa, bukan seperti teddy bear. Opet tu "cute" sangat la.

Saya beri 4/5 bintang dan arahan mesti tonton kepada peminat filem, animasi dan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton filem buatan Malaysia sepenuhnya ini. Really, made in Malaysia, dude. Dengan kerjasama MOSTI pastinya :p